28 June 2018 Analisis Harian
Sterling menjunam susulan amaran Carney.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain pada semalam berikutan dengan penjualan yang ketara ke atas Pound Sterling sementara para pelabur memantau ketegangan perdagangan diantara AS dan negara lain yang makin meningkat. Semalaman, pound sterling menjunam secara mendadak selepas Gabenor Bank Pusat England (BoE) Mark Carney gagal untuk memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah yang seterusnya sambil mengecewakan pasaran dengan pendirian yang dovish. Carney memberi amaran bahawa ketegangan perdagangan global makin bertambah sementara kemelesetan ekonomi di UK berkemungkinan untuk tercetus sekiranya mereka gagal untuk mencapai urus janji perdagangan dengan EU menjelang tarikh luput Brexit. Isyarat tersebut telah menurunkan prospek bagi kenaikan kadar pada bulan Ogos nanti selepas ahli penggubal dasar BoE memberikan pandangan yang serius terhadap impak Brexit ke atas ekonomi Britain. Namun, keuntungan pada dolar masih dihadkan di bawah paras 95.00 susulan dengan data ekonomi yang suram dari semalam. Menurut kepada US Census Bureau, Core Durable Goods Orders bagi bulan Mei telah mengecut sebanyak 0.3%, tersasar daripada jangkaan ekonomis untuk bertumbuh sebanyak 0.5%. Secara keseluruhannya, indeks dolar meningkat sebanyak 0.67% ke 94.96 sementara pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.03% ke 1.3116.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.22% ke $72.55 setong selepas Energy Information Administration melaporkan penurunan yang mendadak pada stok minyak AS sebanyak 9.891 juta tong untuk minggu lepas, jauh lebih tinggi daripada ramalan untuk susut hanya 2.572 juta tong. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1,252.67 se troy auns namun di bawah tekanan prospek kenaikan kadar yang makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentative EUR EU Leaders Summit
22:45 USD FOMC Member Bullard Speaks
00:00 USD FOMC Member Bostic Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | 1.75% |
| 14:00 | EUR – GfK German Consumer Climate (Jul) | 10.7 | 10.6 | – |
| 20:00 | EUR – German CPI (MoM) (Jun) | 0.5% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 2.2% | 2.2% | – |
| 20:30 | USD – GDP Price Index (QoQ) (Q1) | 1.9% | 1.9% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 218K | 220K | – |
| 20:30 | USD – Real Consumer Spending (Q1) | 1.0% | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3100. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang secara berayun pada jangka pendek sebelum meneruskan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3185
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3050
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan dari tahap 1.1550. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan aliran bearish utama.
Tahap rintangan: 1.1640, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1550, 1.1445
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD histogram yang mula untuk memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan penurunannya pada jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 110.25, 110.55
Tahap sokongan: 109.80, 109.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 71.15. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke atas mencadangkan bias bullish yang lebih lanjut. Namun, pemecahan dari 72.80 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 72.80, 74.90
Tahap sokongan: 71.15, 69.50
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan di 1250.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang adalah masih tertakluk kepada garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1254.00, 1260.00
Tahap sokongan: 1250.00, 1245.70