83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

29 Jun 2018                         Analisis Harian

 

Dolar berayun selepas GDP susut.

Dolar AS didagang secara berayun apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain selepas para pelabur dikecewakan dengan laporan ekonomi AS yang lebih suram pada semalam. Menurut kepada Bureau of Economic Analysis, GDP bagi suku pertama telah memberi bacaan hanya 2.0%, lebih rendah daripada ramalan ekonomis untuk bertumbuh dengan kadar 2.2%. Tambahan pula, tuntutan pengangguran bagi minggu lepas meningkat sebanyak 9,000 individual ke jumlah 227,000, lebih tinggi daripada jangkaan ekonomis untuk meningkat ke hanya 220,000. Namun, risiko kerugian pada dolar adalah terhad selepas Euro memangkas keuntungan seawalnya berikutan dengan risiko politik yang makin meningkat dari zon ekonomi tersebut. Semasa sidang kemuncak pemimpin EU, beberapa negara telah membantah cadangan Brussels untuk menggunakan sistem kuota bagi mengagihkan pendatang asing diantara beberapa ahli zon ekonomi untuk mengurangkan beban. Negara seperti Poland dan Hungary enggan mengambil bahagian oleh kerana ia mengancam kedaulatan dan keselamatan negara sementara Itali mengancam untuk menghalang inisiatif tersebut yang boleh membawa rundingan tersebut kepada kebuntuan. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.05% ke 94.94 sementara pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.03% ke $1.1564.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.10% ke $73.45 setong walaupun AS berkemungkinan untuk meringankan pendirian yang tegas terhadap negara yang mengimport minyak dari Iran. Komoditi tersebut masih kekal disokong selepas data baru-baru ini menunjukan bahawa inventori minyak di Oklahoma menurun sebanyak 3.1 juta tong untuk minggu lepas sambil mengurangkan kebimbangan para pelabur terhadap kelebihan stok pasaran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,249.01 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk membelinya selepas mencecah paras terendah di dalam tempoh 6 bulan pada semalam.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                  EUR                        EU Leaders Summit

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Jun) 0.5% 0.6% 0.7%
07:50 JPY – Industrial Production (MoM) (May) 0.5% -1.1% -0.2%
14:00 EUR – German Retail Sales (MoM) (May) 2.3% -0.5%
15:55 EUR – German Unemployment Change (Jun) -11K -8K
15:55 EUR – German Unemployment Rate (Jun) 5.2% 5.2%
16:30 GBP – GDP (QoQ) (Q1) 0.1% 0.1%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Jun) 1.9% 2.0%
20:30 USD – Core PCE Price (Index (YoY) (May) 1.8% 1.9%
20:30 USD – Personal Income (MoM) (May) 0.3% 0.4%
20:30 USD – Personal Spending (MoM) (May) 0.6% 0.4%
20:30 CAD – GDP (MoM) (Apr) 0.3% 0.0%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jun) 99.3 99.1
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 862

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3050. MACD histogram yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sekiranya ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3155

Tahap sokongan: 1.3050, 1.3010

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan di 1.1550. MACD histogram yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek dan menguji di garisan trend menurun.

 

Tahap rintangan: 1.1590, 1.1640

Tahap sokongan: 1.1550, 1.1515

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. Namun, pengunduran dari tahap rintangan 110.55 baru-baru ini mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan bias bullish.

 

Tahap rintangan: 110.55, 110.90

Tahap sokongan: 110.25, 109.80

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi enam bulan. MACD histogram yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum meneruskan aliran bullish utama.

 

Tahap rintangan: 74.90, 76.10

Tahap sokongan: 72.80, 71.15

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sebelum tahap rintangan di 1250.00. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selaras dengan trend bearish utama.

 

Tahap rintangan: 1250.00, 1254.00

Tahap sokongan: 1245.70, 1241.00