23 Februari 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS melonjak selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama meningkat dengan ketara pada hari Khamis berikutan pegawai Fed memberi isyarat pengetatan dasar monetari selanjutnya. Awal hari ini, Fed telah mengeluarkan minit mesyuaratnya dari mesyuarat Fed pada 31 Jan hingga 1 Feb. Fed meluluskan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat lalu, dengan menjadikan kadar faedahnya ke 4.5% – 4.75%, disebabkan oleh Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengakui bahawa risiko inflasi semakin berkurangan. Walau bagaimanapun, beberapa ahli tetap berpegang kepada pendapat hawkish mereka serta mencadangkan bank pusat untuk menaikkan kadar selanjutnya, dan sebab yang mendorong mereka untuk melakukan tindakan tersebut adalah kadar inflasi masih melebihi sasaran 2% Fed. Dengan itu, ancaman inflasi masih kekal. Sejak mesyuarat tersebut, Presiden James Bullard dari St. Louis dan Loretta Mester dari Cleveland berkata mereka adalah orang yang mahukan langkah yang lebih agresif. Sebaliknya, data inflasi penting, seperti CPI dan PPU adalah lebih tinggi daripada jangkaan pasaran, yang menambah kemungkinan pelaksanaan kenaikan kadar yang agresif oleh Fed. Semasa penulisan, Indeks Dolar meningkat sebanyak 0.34% ke 104.46.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.12% ke $73.94 setong setakat penulisan selepas penurunan mendadak sepanjang sesi dagangan semalaman berikutan kebimbangan baharu terhadap kenaikan kadar yang agresif. Di samping itu, harga emas menyusut sebanyak 0.03% ke $1824.86 se-troy auns setakat penulisan di tengah-tengah kenaikan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
18:00 | EUR – CPI (YoY) (Jan) | 8.5% | 8.6% | – |
21:30 | USD – GDP (QoQ) (Q4) | 2.9% | 2.9% | – |
21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 194K | 200K | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap Rintangan: 104.70, 106.30
Tahap Sokongan: 103.20, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 1.2120, 1.2265
Tahap Sokongan: 1.2005, 1.1885
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0410
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6870, 0.6955
Tahap sokongan: 0.6775, 0.6655
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6260, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6170, 0.6080
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9590
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 77.25, 81.50
Tahap sokongan: 73.90, 70.65
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1833.55, 1860.10
Tahap sokongan: 1811.45, 1783.45