83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

3 Julai 2018                          Analisis Harian

 

Dolar melantun sementara perang perdagangan menjelang.

Dolar AS melanjutkan kenaikannya pada semalam berlatarbelakangkan data optimistik dari AS yang telah meningkatkan keyakinan para pelabur di mana ekonomi AS mampu menempuh sebarang risiko dari perselisihan perdagangan dengan negara yang lain. Indeks dolar mencatat keuntungan sebanyak 0.25% ke 94.54 semasa sesi Asia. Menurut kepada ISM, indeks sektor pembuatan telah meningkat dari 58.7 ke 60.2 bagi bulan Jun, lebih tinggi daripada ramalan untuk memberi bacaan hanya 58.4. Bacaan tersebut yang berlegar di atas paras 50 memaparkan perkembangan di dalam sektor pembuatan yang merangkumi 12% daripada ekonomi AS. Selain itu, dolar masih menerima sokongan untuk meningkat selepas para pelabur memberikan pandangan optimistik terhadap kemampuan ekonomi mereka semasa “perang perdagangan” oleh kerana AS kurang bergantung kepada eksport apabila dibandingkan dengan negara lain seperti zon Eropah dan China. Sementara itu, pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.05% ke $1.1638 susulan dengan risiko politik yang makin meningkat di Jerman. Menteri dalaman dari parti Canselor Angela Merkel telah menawarkan surat letak jawatan akibat daripada ketidaksepakatan ke atas dasar migrasi EU.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah susut sebanyak 0.11% ke $74.06 setong selepas Presiden AS Donald Trump mendakwa bahawa Raja Salman dari Arab Saudi telah bersetuju untuk meningkatkan pembekalan minyak ke paras 2 juta tong sehari bagi membendung kekurangan stok di dalam pasaran. Selain itu, harga emas memangkas kerugiannya sebanyak 0.05% ke $1,242.62 se troy auns sementara para pelabur memberi tumpuan kepada data ekonomi yang penting dari AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

12:30                     AUD                        RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Jul) 1.50% 1.50%
16:30 GBP – Construction PMI (Jun) 52.5 52.5
17:00 EUR – Retail Sales (MoM) (May) 0.1% 0.1%
22:00 USD – Factory Orders (MoM) (May) -0.8% 0.1%
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -9.228M


GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah melantun dari paras tengah baru-baru ini. Kedua-dua garisan MA dan Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke paras bawah segi tiga.

 

Tahap rintangan: 1.3150, 1.3185

Tahap sokongan: 1.3100, 1.3050

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga menyempit. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.1640, 1.1680

Tahap sokongan: 1.1590, 1.1550

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Kedua-dua garisan MA serta pergerakan harga baru-baru ini yang memberikan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 111.05.

 

Tahap rintangan: 111.05, 111.45

Tahap sokongan: 110.55, 110.30

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan selepas ia melantun dari paras bawah saluran.

 

Tahap rintangan: 74.90, 76.10

Tahap sokongan: 72.80, 71.15

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di paras bawanya. Kedua-dua garisan MA yang melebar ke bawah mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1240.00.

 

Tahap rintangan: 1246.00, 1249.15

Tahap sokongan: 1240.00, 1234.50