83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

28 Februari 2023                                Analisis Sesi Pagi

 

Keuntungan dolar gagal dilanjutkan apabila selera risiko bertambah baik.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, gagal untuk melanjutkan keuntungan selepas mencecah paras tertinggi sejak awal Jan 2022 apabila selera risiko pasaran pulih. Semalam, indeks dolar kehilangan kedudukannya selepas Perdana Menteri UK Rishi Sunak akhirnya mencapai kesepakatan dengan EU mengenai beberapa isu yang belum selesai di sekitar Ireland Utara. Satu perjanjian telah ditandatangani oleh pemimpin tertinggi dari kedua-dua negara selepas perbincangan yang penting pada hari semalam. Ringkasnya, perjanjian itu merangkumi isu seperti melindungi aktiviti perdagangan di UK, melindungi tempat Ireland Utara dalam UK dan sebagainya. Walaupun begitu, butiran tepat mengenai perjanjian itu tidak tersedia pada masa ini, tetapi ia dijanjikan akan diumumkan secepat mungkin. Dengan perjanjian itu telah dimeterai, ia meningkatkan sentimen positif dalam pasaran Euro dan Pound di tengah-tengah prospek ekonomi yang lebih cerah. Selain itu, pelabur memandang lalu data ekonomi semalam sambil memberi perhatian kepada data ISM yang akan datang. Sehingga penulisan, indeks dolar turun sebanyak -0.54% ke 104.65.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot sebanyak -0.94% ke $75.60 setong apabila data ekonomi AS yang kukuh baru-baru ini meningkatkan kemungkinan kenaikan kadar agresif pada masa hadapan, yang menjejaskan prospek permintaan minyak. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.31% ke $1817.30 setiap troy auns apabila dolar merosot.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa

Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21:30 CAD – GDP (MoM) (Dec) 0.1% 0.1%
23:00 USD – CB Consumer Confidence (Feb) 107.1 108.5

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan di 105.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 103.15.

 

Resistance level: 105.00, 106.65

Support level: 103.15, 101.25

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1940. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2105.

 

Resistance level: 1.2105, 1.2200

Support level: 1.1940, 1.1820

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0665.

 

Resistance level: 1.0665, 1.0770

Support level: 1.0445, 1.0275

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 136.45. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 136.45, 139.05

Tahap sokongan: 135.20, 133.20

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6725. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6860, 0.6985

Tahap sokongan: 0.6725, 0.6640

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6160. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6230, 0.6355

Tahap sokongan: 0.6160, 0.6080

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.3600. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.3505.

 

Tahap rintangan: 1.3600, 1.3740

Tahap sokongan: 1.3505, 1.3400

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan tersebut di 0.9405. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9310.

 

Tahap rintangan: 0.9405, 0.9550

Tahap sokongan: 0.9310, 0.9225

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 76.10. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 81.80, 86.15

Tahap sokongan: 76.10, 73.25

 

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1809.10. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1821.60.

 

Tahap rintangan: 1821.60, 1835.00

Tahap sokongan: 1786.00, 1725.35