5 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar susut sementara ketidaktentuan bakal menjelang.
Momentum dolar telah diambil alih oleh tekanan bearish sementara pasaran kewangan AS ditutup sempena dengan cuti Hari Kemerdekaan. Indeks dolar susut sebanyak 0.15% dan disebut niaga berdekatan 94.15 semasa sesi perdagangan Asia. Dengan pasaran AS ditutup, para pelabur akan menunggu sambil memantau kalendar ekonomi yang agak sibuk untuk dua hari ini dengan pembebasan minit mesyuarat FOMC dan laporan Nonfarm Payrolls. Selain itu, para pelabur masih mengekalkan sentimen berjaga-jaga menjelang hari Jumaat di mana AS akan mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas barangan import dari China dan Beijing berkemungkinan mengambil langkah yang sama sebagai tindak balas ke atas inisiatif yang kontroversial dari White House. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke $1.3230 berlatarbelakangkan data ekonomi yang optimistik. Untuk bulan Jun, PMI bagi sektor perkhidmatan memaparkan pertumbuhan dengan bacaan sebanyak 55.1 berbanding ramalan ekonomis hanya 53.9. Data tersebut yang memaparkan isyarat pemulihan pada ekonomi Britain bagi suku kedua berkemungkinan untuk mendorong Bank Pusat England meningkatkan kadar faedah menjelang bulan Ogos nanti.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.20% ke $74.22 setong sementara para pelabur memberi tumpuan kepada pembebasan laporan stok minyak mentah dari AS pada malam ini. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1,256.99 se troy auns selepas Iran mengancam untuk mengurangkan kerjasama mereka dengan badan nuklear United Nations (PBB) susulan dengan cadangan Presiden AS Donald Trump untuk mengenakan sekatan ke atas penjualan minyak dari Iran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
18:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German Factory Orders (MoM) (May) | -2.5% | 1.1% | – |
| 20:15 | USD – ADP Nonfarm Employment Change (Jun) | 178K | 190K | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 227K | 231K | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Jun) | 58.6 | 58.3 | – |
| 22:00 | USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Jun) | 54.1 | – | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -9.891M | -5.200M | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | 1.156M | -0.817M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3235. Pergerakan harga tersebut mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran utama masih tertakluk kepada garisan trend bullish.
Tahap rintangan: 1.3235, 1.3290
Tahap sokongan: 1.3185, 1.3150
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara ia telah melantun dari paras bawahnya baru-baru ini. Oleh kerana kekurangan isyarat yang jelas dari pergerakan harga dan MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1680, 1.1710
Tahap sokongan: 1.1630, 1.1590
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 110.20.
Tahap rintangan: 110.70, 111.00
Tahap sokongan: 110.20, 109.85
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD histogram memaparkan isyarat bearish, pemecahan dari paras bawah saluran adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 74.90, 76.10
Tahap sokongan: 73.60, 72.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1254.00. Namun, MACD histogram yang memaparkan bias bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan tempoh berayun sebelum meneruskan bias bullish.
Tahap rintangan: 1260.00, 1267.00
Tahap sokongan: 1254.00, 1249.15