06 Mac 2023 Analisis Sesi Petang
Pound melonjak di tengah-tengah data ekonomi yang optimis.
Pound Sterling, yang didagangkan secara besar-besaran oleh pelabur global, melonjak berbanding dengan mata wang lain pada Jumaat lepas berikutan pengeluaran sesiri data ekonomi yang optimis. Menurut The Chartered Institute of Purchasing & Supply dan NTC Economics, PMI Perkhidmatan UK meningkat daripada bacaan bulan sebelumnya 48.7 ke 53.5 pada bulan Februari, lebih tinggi daripada ramalan konsensus pada 53.3. Selain itu, Markit Economics juga mencatatkan data PMI Komposit UK pada 53.1, sama lebih tinggi daripada jangkaan konsensus pada 53.0. Dengan itu, pelabur akhirnya melihat sedikit cahaya di penghujung terowong, di mana keyakinan perniagaan yang lebih kukuh dan prospek perniagaan yang lebih baik telah meningkatkan keseluruhan aktiviti ekonomi di UK. Selain itu, kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan dalam negara semakin berkurangan walaupun penggubal dasar masih berpandangan pesimis terhadap prospek ekonomi UK. Sebaliknya, komen kurang hawkish daripada Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic menurunkan momentum kenaikan harga dalam pasaran dolar AS, meningkatkan pasangan GBP/USD ke tahap yang lebih tinggi. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD meningkat 0.01% ke 1.2041.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.04% pagi ini selepas China memberikan sasaran KDNK tahunan lebih rendah sedikit pada kira-kira 5.0% manakala sasaran tahun lepas adalah kira-kira 5.5%. Selain itu, harga emas turun 0.09% ke $1855.15 setiap troy auns di tengah-tengah pembetulan teknikal selepas lonjakan besar dalam sesi dagangan sebelumnya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
17:30 | GBP – Construction PMI (Feb) | 48.4 | 49.1 | – |
23:00 | CAD – Ivey PMI (Feb) | 60.1 | 55.9 | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 104.70, 106.30
Tahap Sokongan: 103.20, 102.05
GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 1.2120, 1.2265
Tahap Sokongan: 1.2005, 1.1885
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.0740, 1.0890
Tahap sokongan: 1.0600, 1.0410
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 139.05, 142.25
Tahap sokongan: 135.20, 131.15
AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6860
Tahap sokongan: 0.6695, 0.6630
NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6260, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6170, 0.6080
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3675, 1.3865
Tahap sokongan: 1.3500, 1.3320
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.9400, 0.9590
Tahap sokongan: 0.9235, 0.9065
CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 79.50, 81.50
Tahap sokongan: 77.25, 75.60
GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1860.10, 1885.95
Tahap sokongan: 1833.85, 1811.45