9 Julai 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 9 – 13
Kajian Pasaran (Forex): Julai 2 – 6
Dolar A.S.
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat lepas susulan dengan laporan pekerjaan AS yang bercampuran serta risiko persaingan dagangan yang makin meningkat diantara AS dan China. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.54% sambil menutup minggu lepas di paras 93.96 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain.
Menurut kepada US Labor Department, ekonomi AS telah menjana sebanyak 213,000 pekerjaan bagi bulan Jun, lebih tinggi daripada ramalan untuk menjana hanya 200,000. Namun, kadar pengangguran meningkat sebanyak 0.2% dari 3.8% ke 4.0% dan ia telah tersasar daripada jangkaan untuk kekal tidak berubah. Selain itu, kadar pertumbuha gaji sejam juga telah bertumbuh dengan kadar yang lebih lambat sebanyak 0.2% berbanding ramalan iaitu 0.3%.
Bank Pusat AS memberi pandangan bahawa pasaran pekerjaan yang makin kukuh boleh mendorong kepada pertumbuhan gaji dan sekali gus meningkatkan tekanan inflasi negara. Namun, data yang dilepaskan baru-baru ini telah meningkatkan kekhuatiran para pelabur terhadap pandangan tersebut dan mungkin menjejaskan pelan mereka untuk meningkatkan kadar sebanyak dua kali di dalam separuh tahun yang kedua.
Selain itu, tekanan menurun telah ditambahkan lagi dengan pengenalan tarif AS ke atas barangan import China pada hari Jumaat yang lepas dan ia telah meningkatkan risiko perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia. Namun, reaksi terhadap mata wang selamat seperti Yen Jepun adalah minimum oleh kerana para pelabur telah menghargai risiko tersebut sepenuhnya untuk setakat ini.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.17% ke 110.47 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.47% sambil menutup minggu lepas di $1.1745 berbanding dengan dolar AS.
GBP/USD
Pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.48% sambil menutup minggu lepas di $1.3287.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 2 – 6
GOLD
Harga emas telah melanjutkan kerugiannya walaupun dolar mengalami tekanan untuk menurun berikutan dengan prospek yang tinggi terhadap kenaikan kadar faedah bagi jangka panjang. Harga komoditi tersebut mencatat penurunan sebanyak 0.22% ke $1,255.02 se troy auns.
Aset selamat ini gagal untuk melakukan sebarang pemulihan yang ketara selepas prospek bagi kenaikan kadar pada jangka panjang mengehadkan pertaruhan bullish di dalam pasaran. Walaupun pengenalan tarif AS ke atas barangan import China telah meningkatkan suasana risiko perang perdagangan, kebanyakan para penganalisis menegaskan bahawa faktor tersebut telah dihargai sepenuhnya sebelum pengumuman hari Jumaat lepas.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi pada hari Jumaat lepas berikutan dengan prospek yang tinggi ke atas pembekalan minyak yang makin berkurangan di dalam pasaran akibat daripada sekatan ke atas pengeluar minyak utama seperti Iran. Harganya melonjak sebanyak 1.04% ke paras $74.00 semasa lewat sesi dagangan Amerika Utara.
Para pelabur masih meneruskan pertaruhan mereka ke atas kekurangan stok global akibat daripada pemulihan permintaan pasaran serta eksport minyak yang berkemungkinan untuk berkurang di rantau Iran dan Venezuela. Terdahulu, AS memberi isyarat bahawa sekatan antarabangsa akan dikenakan ke atas eksport minyak di Iran akibat daripada pembatalan perjanjian nuklear diantara dua negara tersebut. Sentimen optimis juga telah ditambah dengan pergolakan keadaan sektor minyak di Venezuela yang menyebabkan kemerosotan pada pembekalan minyak negara tersebut.
Namun, keuntungan yang dialami adalah terhad selepas firma pembekal servis di AS melaporkan peningkatan dalam aktiviti penggerudian minyak. Baker Hughes mendapati bahawa bilangan pelantar minyak telah meningkat sebanyak 5 pada minggu lepas ke jumlah sebanyak 863. Laporan tersebut memaparkan peningkatan yang mendadak dan aktiviti pengeluaran berkemungkinan untuk bertumbuh dengan pantas bagi tempoh masa yang terdekat. Selain itu, Arab Saudi juga telah melaporkan kepada OPEC bahawa mereka bakal meningkatkan pembekalan sebanyak 458,000 tong sehari bagi menangani kekurangan stok yang berpunca dari Venezuela dan Iran bagi mengawal harga minyak dunia.
Pandangan Mingguan: Julai 9 – 13
Bagi minggu yang akan datang, data utama dari AS yang dikaitkan dengan inflasi seperti CPI dan PPI akan dipantau dengan rapi. Laporan tersebut boleh memberi isyarat yang lebih lanjut mengenai prospek Bank Pusat AS terhadap pelan dasar kewangan dan kenaikan kadar bagi tempoh masa yang akan datang.
Sementara itu, para pelabur komoditi minyak mentah akan menunggu pembebasan laporan bulanan dari International Energy Agency dan Organization of the Petroleum Exporting Countries untuk memantau paras pembekalan dan permintaan minyak global.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 9 – 13
| Isnin, Julai 9 |
Data EUR – German Trade Balance (May)
Acara USD – FOMC Member Kashkari Speaks EUR – ECB President Draghi Speaks
|
| Selasa, Julai 10 |
Data CNY – CPI (YoY) (Jun) CNY – PPI (YoY) (Jun) GBP – Manufacturing Production (MoM) (May) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) USD – JOLTs Job Openings (May)
Acara N/A
|
| Rabu, Julai 11 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock USD – PPI (MoM) (Jun) CAD – BoC Interest Rate Decision CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara CAD – BoC Monetary Policy Report CAD – BoC Press Conference
|
| Khamis, Julai 12 |
Data EUR – German CPI (MoM) (Jun) USD – Core CPI (MoM) (Jun) USD – Initial Jobless Claims
Acara USD – FOMC Member Williams Speaks EUR – ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting USD – FOMC Member Kashkari Speaks
|
|
Jumaat, Julai 13
|
Data CNY – Trade Balance (USD) (Jun) USD – Import Price Index (MoM) (Jun) USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara USD – FOMC Member Harker Speaks USD – FOMC Member Bostic Speaks
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 9 – 13
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan isyarat menurun mencadangkan indeks ini untuk meneruskan aliran menurun dan menuju ke arah 93.00.
Tahap rintangan: 94.10, 95.00
Tahap sokongan: 93.00, 91.95
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3045. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3300.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3045
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Walaupun Stochastic Oscillator memaparkan isyarat lantunan, penutupan lilin bullish di atas garisan trend tersebut adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 110.50, 111.00
Tahap sokongan: 109.35, 108.25
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menaik. Petunjuk MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.1850, 1.2010
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1560
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1239.15. Walaupun MACD histogram telah mula untuk membentuk silang bullish, penutupan lilin di atas 1257.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1257.00, 1266.25
Tahap sokongan: 1239.20, 1225.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 74.00. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih tertakluk kepada garisan trend menaik.
Tahap rintangan: 74.00, 77.55
Tahap sokongan: 70.45, 68.40