83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

25 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS mendatar sementara menunggu mesyuarat Fed.

Dolar AS telah didagang dengan berayun berbanding dengan mata wang utama yang lain sementara para pelabur memantau perkembangan terkini mengenai rundingan perdagangan serta mesyuarat dasar kewangan dari Bank Pusat AS (Fed) pada minggu depan. Pada semalam, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin memberitahu CNBC bahawa beliau dan Wakil Perdagangan Robert Lighthizer akan bertemu dengan China di Shanghai bagi memulakan mesyuarat dua hari mulai hari Selasa. Namun, beliau menegaskan bahawa mereka mempunyai “lebih banyak isu” untuk dirunding bersama China mengenai aspek perdagangan. Sementara itu, ahli Fed tidak menjadualkan sebarang ucapan bagi sepanjang minggu ini sementara mesyuarat polisi makin menjelang. Para pelabur khuatir bahawa data ekonomi AS yang bercampuran berkemungkinan untuk mendorong Fed mengambil tindakan yang agresif dalam memotong kadar faedah bagi menyokong momentum ekonomi dan inflasi. Menurut kepada Fed Rate Monitor Tool, para pelabur kini sedang menjangkakan kemungkinan setinggi 100% untuk berlakunya pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas pada minggu depan. Fokus utama akan diberikan kepada kenyataan dan sidang media dari Fed bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai pandangan ekonomi serta garis panduan dasar kewangan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih sebanyak 0.11% ke $55.83 setong. Menurut kepada data dari Energy Information Administration, stok minyak pada minggu lepas telah menurun sebanyak -10.835 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu -4.011 juta tong. Walaubagaimanapun, harga minyak gagal untuk memperoleh sokongan menaik selepas beberapa para penganalisis berpendapat bahawa penurunan yang tinggi tersebut berkemungkinan untuk didorong oleh penutupan pembekalan semasa ribut taufan Barry. Bagi pasaran emas, harga komoditi tersebut meningkat sebanyak 0.02% ke $1,425.84 se troy auns selepas beberapa bank pusat utama di seluruh dunia mula untuk mengadaptasikan kelonggaran dasar kewangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:45                     EUR                       ECB Monetary Policy Statement

20:30                     EUR                       ECB Press Conference

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:00 EUR – German Ifo Business Climate Index (Jul) 97.4 97.1
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision (Jul) 0.00% 0.00%
20:30 USD – Core Durable Goods Orders (MoM) (Jun) 0.4% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 216K 220K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan tipis sementara menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.50, 97.90

Tahap sokongan: 97.05, 96.75

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 1.2500. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1.2500, 1.2535

Tahap sokongan: 1.2450, 1.2400

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara tipis berhampiran dengan tahap rintangan 1.1150. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian pada jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 1.1150, 1.1200

Tahap sokongan: 1.1110, 1.1060

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 108.25. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 108.00.

 

Tahap rintangan: 108.25, 108.50

Tahap sokongan: 108.00, 107.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend menaik.

 

Tahap rintangan: 0.7000, 0.7040

Tahap sokongan: 0.6960, 0.6900

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan MA tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6710, 0.6735

Tahap sokongan: 0.6655, 0.6590

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang secara tipis diantara lingkungan 1.3140 dan 1.3125. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3140, 1.3190

Tahap sokongan: 1.3125, 1.3090

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas pemecahan berlaku di 0.9835.

 

Tahap rintangan: 0.9890, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9835, 0.9805

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 55.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 57.25, 58.85

Tahap sokongan: 55.70, 55.00

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1428.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1428.30, 1435.00

Tahap sokongan: 1423.00, 1415.00