11 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar susut selepas Trump mengumumkan tarif baru.
Dolar AS mengalami kerugian yang ketara semasa awal sesi dagangan Asia selepas White House membebaskan senarai barangan import daripada China yang bakal dikenakan tarif tambahan. Indeks dolar mencatat penurunan sebanyak 0.30% ke 93.79 semasa penulisan. Perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar telah meningkat ke tahap yang baru selepas Presiden AS Donald Trump membebaskan pelan untuk mengenakan tarif sebanyak 10% ke atas $200 bilion barangan import daripada China. Menurut kepada wakil perdagangan Robert Lighthizer, beliau menegaskan bahawa tindakan tersebut telah diambil susulan dengan tindak balas China untuk mengenakan tarif ke atas $34 bilion import AS dan mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas barangan yang berjumlah $16 bilion. Tarif tersebut dijangka untuk berkuat kuasa selepas rundingan awam tamat pada 30hb Ogos. Sementara itu, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.38% ke 110.84 susulan dengan pengumuman dari White House. Risiko perdagangan yang makin meningkat telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam pasaran dan meningkatkan permintaan bagi aset selamat.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.37% ke $73.96 setong selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa inventori minyak mentah telah mengalami penurunan sebanyak 6.796 juta tong pada minggu lepas. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.05% ke $1,256.18 se troy auns sementara para peserta pasaran menimbang prospek kenaikan kadar dan risiko perdagangan yang makin meningkat diantara AS-China.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
15:00 EUR ECB President Draghi Speaks
19:30 CrudeOIL OPEC Monthly Report
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:15 CAD BoC Press Conference
23:35 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jun) | 0.5% | 0.2% | – |
| 22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.25% | 1.50% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 1.245M | -4.489M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -1.505M | -0.750M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. Petunjuk MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3310, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3210
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik baru-baru ini. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke tahap sokongan di 1.1710.
Tahap rintangan: 1.1740, 1.1780
Tahap sokongan: 1.1710, 1.1680
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 111.35. Petunjuk MACD yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 111.00, 111.35
Tahap sokongan: 110.70, 110.55
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. Kedua-dua petunjuk Stochastic Oscillator dan MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga komoditi ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 73.20.
Tahap rintangan: 73.55, 73.85
Tahap sokongan: 73.20, 72.80
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran sisi. Petunjuk MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian dan menuju ke arah 1248.20.
Tahap rintangan: 1253.50, 1257.10
Tahap sokongan: 1248.20, 1237.80