83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Julai 2018                       Analisis Harian

 

Dolar melantun berlatarbelakangkan data PPI.

Dolar melonjak pada semalam selepas data ekonomi memaparkan peningkatan pada harga pemborong dan ia telah meningkatkan jangkaan para pelabur ke atas perkembangan inflasi yang mantap serta prospek bagi kenaikan kadar faedah dari Bank Pusat AS (Fed). Indeks dolar meningkat sebanyak 0.60% ke 94.40 semasa awal sesi dagangan Asia. Menurut kepada Labour Department, Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi bulan Jun telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 0.3% berbanding ramalan iaitu 0.2%. Harga pemborong yang makin meningkat boleh dicerminkan ke dalam harga pengguna dan sekali gus meningkatkan jangkaan terhadap Fed untuk mengadaptasi sentimen agresif terhadap kenaikan kadar bagi membendung inflasi. Sementara itu, pasangan EUR/USD susut sebanyak 0.02% ke $1.1673 selepas media melaporkan bahawa ahli Bank Pusat Eropah masih berpecah apabila menyentuh mengenai tempoh kenaikan kadar faedah di zon EU. Menurut kepada Reuters, beberapa ahli penggubal dasar bercadang untuk meningkatkan kadar seawal-awalnya bulan Julai 2019 sementara yang lain menjangkakan tindakan tersebut untuk tidak dilaksanakan sebelum musim luruh tahun depan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun lebih daripada 3% ke $70.55 setong selepas laporan bulanan OPEC menunjukan bahawa aktiviti eksport minyak di Libya telah memulih dan pembekalan dijangka untuk meningkat sebanyak 0.7 juta tong sehari. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.82% ke $1,241.81 se troy auns berikutan dengan prospek yang tinggi terhadap Fed untuk meningkatkan kadar faedah bagi jangka panjang.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:30                     EUR                      ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

20:30                     USD                      FOMC Member Kashkari Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – CPI (MoM) (Jun) 0.1% 0.1%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.2% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 231K 226K

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.3280. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3200.

 

Tahap rintangan: 1.3235, 1.3280

Tahap sokongan: 1.3200, 1.3165

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan berhampiran 1.1760. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal sebelum melanjutkan bias bearish

 

Tahap rintangan: 1.1690, 1.1725

Tahap sokongan: 1.1660, 1.1630

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap psikologi di 111.00. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 112.10.

 

Tahap rintangan: 112.10, 112.60

Tahap sokongan: 111.65, 111.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah menjunam secara mendadak selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal sebelum melanjutkan bias bearish.

 

Tahap rintangan: 70.70, 71.30

Tahap sokongan: 69.30, 67.90

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji berhampiran 1242.20. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran utama masih berpihak kepada bearish.

 

Tahap rintangan: 1242.20, 1248.20

Tahap sokongan: 1238.40, 1233.70