83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

27 Julai 2018                       Analisis Harian

 

Euro menjunam selepas kenyataan Draghi.

Dolar melanjutkan keuntungannya berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Khamis susulan dengan penjualan yang mendadak pada Euro berikutan dengan isyarat dovish dari Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.45% ke paras 94.50 sementara pasangan EUR/USD menjunam sebanyak 0.60% ke $1.1638. Di dalam mesyuarat polisi ECB, Draghi mengulas bahawa ia bukan satu keperluan untuk “mengubah atau menambah isyarat baru” ke dalam pelan kadar faedah bank pusat sambil menegaskan bahawa kadar akan dikekalkan sehingga ke musim panas tahun 2019. Sentimen yang dovish daripada beliau mengenai kenaikan kadar telah mencetuskan tekanan bearish ke atas Euro oleh kerana ECB berkemungkinan besar untuk tidak meningkatkan kadar sebelum Oktober 2019. Sebaliknya, dolar telah melanjutkan kenaikannya sepanjang sesi dagangan Amerika Utara mahupun data ekonomi adalah lebih lemah daripada jangkaan. Kebanyakan para pelabur masih memberikan prospek yang tinggi terhadap laporan GDP serantau yang dijangka untuk bertumbuh dengan lebih mantap. Menurut kepada Commerce Department AS, Core Durable Goods Orders telah tersasar daripada jangkaan dengan 0.4% berbanding 0.5% bagi bulan Jun.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.03% ke $69.50 setong selepas Arab Saudi menghentikan pengedaran minyak mentah melalui Selat Laut Merah selepas kapal penghantaran mereka diserang oleh kumpulan pemberontak Houthi. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.06% ke $1,223.69 se troy auns berikutan dengan dolar AS yang lebih kukuh.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
07:30 JPY – Tokyo Core CPI (YoY) (Jul) 0.7% 0.7% 0.8%
20:30 USD – GDP (QoQ) (Q2) 2.0% 4.1%
20:30 USD – GDP Price Index (QoQ) (Q2) 2.2% 2.3%
22:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Jul) 97.1 97.1
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 858

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah tahap sokongan 1.3070.

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3180

Tahap sokongan: 1.3070, 1.3000

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.1675. Kedua-dua garisan MA yang masih melebar ke bawah mencadangkan bias bearish. Namun, pemecahan dari tahap 1.1640 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.1675, 1.1710

Tahap sokongan: 1.1640, 1.1620

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY masih menerima tekanan bearish berikutan dengan pengunduran dari garisan trend menurun baru-baru ini. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 111.25, 111.95

Tahap sokongan: 110.70, 110.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah paras bawah saluran.

 

Tahap rintangan: 70.00, 70.70

Tahap sokongan: 69.30, 68.85

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pemecahan pada garisan trend menaik dan tahap sokongan 1222.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1226.50, 1233.70

Tahap sokongan: 1222.00, 1216.00