16 Julai 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Julai 16 – 20
Kajian Pasaran (Forex): Julai 9 – 13
Dolar AS
Dolar AS telah berundur dari paras tinggi dua minggu berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat lepas. Momentum tersebut telah didorong oleh pemulihan pada pound sterling dari paras rendahnya. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.14% sambil menutup minggu lalu di paras 94.68 semasa lewat sesi dagangan Amerika Utara.
Secara keseluruhannya, kenaikan pada dolar adalah masih terhad bagi sepanjang minggu lalu selepas pembebasan laporan indeks harga pengguna (CPI) yang lebih suram daripada jangkaan. Menurut kepada laporan, CPI bagi bulan lepas bertumbuh dengan kadar yang lebih lembap sebanyak 0.1% berbanding ramalan iaitu 0.2%. Data tersebut telah mencetuskan kebimbangan oleh kerana Bank Pusat AS berkemungkinan untuk tidak meneruskan pelan kenaikan kadar yang agresif sekiranya trend yang suram tersebut masih berterusan.
Namun, keseluruhan sentimen para pelabur terhadap dolar adalah masih optimistik selepas para pelabur memberikan pandangan yang positif terhadap perkembangan ekonomi AS sekiranya perang perdagangan berlaku dengan skala yang besar. Menurut kepada laporan, 70% daripada komposisi ekonomi AS adalah bergantung kepada sektor perkhidmatan dan ia memberikan mereka kelebihan untuk menempuh risiko kemelesetan apabila dibandingkan dengan negara maju yang bergantung kepada eksport seperti EU dan China.
USD/JPY
Pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.12% ke 112.38 semasa lewat sesi dagangan Jumaat.
EUR/USD
Euro meningkat sebanyak 0.13% ke $1.1686 berbanding dengan dolar AS.
GBP/USD
Sterling memulih sebanyak 0.23% ke paras $1.3236 berbanding dengan dolar AS. Mata wang tersebut memulih kembali selepas Presiden AS Donald Trump menukar pandangan buruk beliau ke atas Perdana Menteri Theresa May dengan komen bahawa perjanjian perdagangan AS-UK masih mempunyai kemungkinan untuk tercapai.
Kajian Pasaran (Komoditi): Julai 9 – 13
GOLD
Harga emas melanjutkan penurunannya pada hari Jumaat selepas dolar yang lemah gagal untuk meningkatkan sentimen para pelabur terhadap aset selamat tersebut. Harga logam tersebut mencatat kerugian sebanyak 0.44% ke $1,241.61 se troy auns, paras yang terendah di dalam tempoh 7 bulan.
Harga emas menerima momentum menurun yang ketara susulan dengan spekulasi hawkish di dalam pasaran terhadap Bank Pusat AS. Perang perdagangan diantara AS dan China yang masih belum selesai di mana kedua-dua negara tersebut mengenakan tarif diantara satu sama lain boleh meningkatkan tekanan inflasi di dalam pasaran domestik. Bagi membendung keadaan ekonomi dari tidak terkawal, Bank Pusat AS berkemungkinan untuk mengadaptasi pandangan yang agresif untuk mengetatkan dasar pada jangka panjang.
Crude Oil
Harga minyak mentah menutup niaga di paras yang lebih tinggi pada Jumaat lepas namun keuntungannya adalah terhad berikutan dengan pembekalan minyak dunia yang makin meningkat. Harga komoditi ini telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.24% ke $70.59 setong.
Pada awal minggu ini, harga minyak mencatat kerugian hampir 4% susulan dengan isyarat yang bercampuran di dalam pasaran. Dari segi pesimistik, Libya telah mengumumkan untuk membuka 4 terminal eksport minyak dan pembekalan global dijangka untuk meningkat sebanyak 0.7 juta tong sehari.
Walaubagaimanapun, International Energy Agency melaporkan bahawa pembekal minyak utama bakal mengalami had kapasiti pembekalan dan berkemungkinan gagal dalam membendung kekurangan stok yang berpunca dari Iran dan Venezuela.
Secara keseluruhannya, sentimen pada Jumaat lepas adalah lebih cenderung kepada bullish selepas laporan mingguan dari Baker Hughes memaparkan isyarat yang optimistik. Menurut kepada laporan, bilangan pelantar minyak di AS kekal sama dengan 863 dan ia memberi isyarat bahawa aktiviti penggerudian dan penerokaan minyak telah susut untuk setakat ini.
Pandangan Mingguan: Julai 16 – 20
Bagi minggu ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada pembebasan data ekonomi utama dari AS, EU dan UK untuk memantau perkembangan ekonomi bagi negara masing-masing.
Bagi pedagang minyak, mereka akan melihat kepada tahap inventori AS yang bakal dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekukuhan permintaan dari pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Julai 16 – 20
| Isnin, Julai 16 |
Data CNY – GDP (QoQ) (Q2) USD – Core Retail Sales (MoM) (Jun) USD – Retail Sales (MoM) (Jun) USD – NY Empire State Manufacturing Index (Jul) CAD – Foreign Securities Purchases (May) USD – Business Inventories (MoM) (May)
Acara N/A
|
| Selasa, Julai 17 |
Data NZD – GDP (QoQ) (Q2) GBP – Average Earnings Index +Bonus (May) GBP – Claimant Count Change (Jun) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (May) USD – Industrial Production (MoM) (Jun)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes USD – Fed Chair Powell Speaks
|
| Rabu, Julai 18 |
Data CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock GBP – CPI (YoY) (Jun) EUR – CPI (YoY) (Jun) USD – Building Permits (Jun) CrudeOIL – Crude Oil Inventories CrudeOIL – Gasoline Inventories
Acara USD – Fed Chair Powell Speaks
|
| Khamis, Julai 19 |
Data AUD – Employment Change (Jun) GBP – Retail Sales (MoM) (Jun) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Jul) USD – Philly Fed Employment (Jul)
Acara N/A
|
|
Jumaat, Julai 20
|
Data JPY – National Core CPI (YoY) (Jun) EUR – German PPI (MoM) (Jun) CAD – Core CPI (MoM) (Jun) CAD – Core Retail Sales (MoM) (May) CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count
Acara N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: Julai 16 – 20
Dollar Index

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks tersebut untuk meningkat selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan yang kukuh iaitu 95.00.
Tahap rintangan: 95.00, 95.90
Tahap sokongan: 94.10, 93.00
GBPUSD

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3170. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek dan menuju ke arah garisan trend menurun.
Tahap rintangan: 1.3300, 1.3445
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3045
USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah melonjak secara mendadak selepas ia memecahkan tahap rintangan yang kukuh di 111.00. MACD histogram yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke tahap rintangan 113.30.
Tahap rintangan: 113.30, 114.10
Tahap sokongan: 112.10, 111.00
EURUSD

EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula membentuk silang bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1700, 1.1850
Tahap sokongan: 1.1560, 1.1445
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan kerugiannya sejajar dengan trend semasa yang cenderung kepada bearish. MACD histogram yang mula memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1239.20.
Tahap rintangan: 1257.00, 1266.25
Tahap sokongan: 1239.20, 1225.00
Crude Oil

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 74.00. MACD histogram yang memaparkan silang kematian mencadangkan harga komoditi ini untuk melanjutkan penurunan. Namun, penutupan lilin di bawah garisan 60-MA (hijau) adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 70.45, 74.00
Tahap sokongan: 68.40, 66.40