83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

03 April 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS melantun walaupun data yang suram dibebaskan.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, kembali bersinar pada Jumaat yang lalu berikutan pengeluaran beberapa siri data ekonomi. Menurut University of Michigan, indeks sentimen pengguna AS turun daripada 63.4 ke 62.0, lebih rendah daripada ramalan konsensus pada 63.2, mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap kejatuhan baru-baru ini dalam sektor perbankan mungkin mempunyai kesan yang meluas terhadap ekonomi AS. Selain itu, Biro Analisis Ekonomi AS mencatatkan Indeks Harga PCE Teras turun daripada bacaan bulan sebelumnya pada 0.5% ke 0.3% pada Februari, juga lebih lemah daripada ramalan konsensus pada 0.4%. Walaupun begitu, kejatuhan mendadak dalam laporan PCE Teras Feb tidak mencetuskan tekanan penjualan yang besar dalam pasaran dolar kerana kenyataan Presiden AS Joe Biden hawkish telah menyokong sentimen pasaran. Dalam kenyataan daripada Presiden Joe Biden pada Laporan PCE Februari, beliau menyebut bahawa AS telah mencapai kemajuan dalam proses mengekang inflasi, yang telah terbukti dengan penurunan hampir 30 peratus dalam kadar inflasi tahunan pada musim panas ini. Di samping itu, pasaran buruh kekal berdaya tahan manakala pertumbuhan yang stabil dapat dilihat dalam ekonomi AS selama beberapa bulan yang lalu. Beliau juga menekankan usaha menentang inflasi masih belum berakhir, menandakan beliau masih ingin melihat kadar faedah yang tinggi untuk masa yang lebih panjang. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.20% ke 102.70.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menaik sebanyak 7.41% ke $81.20 setong berikutan pelan pemotongan mengejut sebanyak 1.16 juta tong sehari dari bulan Mei hingga akhir tahun. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.39% ke $1962.30 setiap troy auns kerana kenyataan Biden hawkish mengurangkan daya tarikan aset tempat selamat itu.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   CNY                                        China – Ching Ming Festival

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

18:00                     CrudeOIL                               OPEC Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:55 EUR – German Manufacturing PMI (Mar) 44.4 44.4
16:30 GBP – Manufacturing PMI (Mar) 48.0 48.0
22:00 USD – ISM Manufacturing PMI (Mar) 47.7 47.5

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 101.25.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.2300. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2425, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2200

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1.0770.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0770, 1.0665

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 133.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 135.20.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.6150.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3560, 1.3635

Tahap sokongan: 1.3485, 1.3395

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap yang lebih rendah. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.9225.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9070, 0.8945

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 81.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas lilinnya berjaya menutup di atas tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 81.70, 87.75

Tahap sokongan: 79.65, 76.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1985.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1944.60.

 

Tahap rintangan: 1985.90, 2042.60

Tahap sokongan: 1944.60, 1900.00