83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

04 April 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS tenggelam ke dalam ‘laut merah’ di tengah-tengah aktiviti pembuatan yang lemah.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, mengalami tekanan penjualan yang besar sambil menguji semula paras terendah dalam dua minggu berikutan pengeluaran data ekonomi yang lemah. Menurut Institut Pengurusan Bekalan (ISM), PMI Pembuatan AS susut lagi daripada 47.7 ke 46.3 pada bulan Mac, kehilangan ramalan konsensus pada 47.5, menyegarkan rekod penguncupan untuk bulan kelima berturut-turut. Ia perlu diperhatikan bahawa tahap indeks yang di bawah 50 menunjukkan penguncupan dalam sektor tersebut, dan indeks ISM menunjukkan penguncupan berterusan selama lima bulan dalam sektor pembuatan AS. Untuk masa depan, aktiviti perkilangan berkemungkinan tenggelam lebih mendalam kerana keadaan kredit yang lebih ketat dijangka memberi tekanan kepada perbelanjaan pelaburan. Oleh itu, ia menimbulkan ‘bayangan’ terhadap prospek ekonomi AS dan menggesa pelabur menjual pegangan dolar mereka kerana penurunan selanjutnya dalam angka ISM akan mendorong Rizab Persekutuan untuk menghentikan pelan kenaikan kadarnya lebih awal daripada jangkaan. Semasa penulisan, indeks dolar turun sebanyak -0.45% ke 102.05.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.02% ke $80.30 setong kerana pemotongan yang mengejutkan daripada OPEC+ terus menyokong sentimen pasaran. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1983.90 setiap troy auns kerana angka ISM yang suram memburukkan lagi kebimbangan pasaran terhadap risiko kemelesetan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

12:30                     AUD                                       RBA Rate Statement

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Apr) 3.60% 3.60%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 10.824M 10.400M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 103.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 101.25.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2425. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2425, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2200

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.0915. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0770, 1.0665

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 133.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6785. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1.3485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3560, 1.3635

Tahap sokongan: 1.3485, 1.3395

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9225. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9070.

 

Tahap rintangan: 0.9225, 0.9325

Tahap sokongan: 0.9070, 0.8945

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 79.65. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke tahap yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 81.70, 87.75

Tahap sokongan: 79.65, 76.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1985.90. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1985.90, 2042.60

Tahap sokongan: 1944.60, 1900.00