24 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar memulih selepas penjelasan Mnuchin.
Dolar AS telah memulih dari paras rendah sesi semalam selepas ia memangkas kerugian berbanding dengan Yen sementara para pelabur memantau ulasan yang disampaikan oleh Presiden AS Donald Trump. Indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.19% ke paras 94.36 semasa awal sesi dagangan Asia. Terdahulu, Yen Jepun telah meningkat secara mendadak berbanding dengan dolar AS selepas laporan Reuters mencadangkan bahawa Bank Pusat Jepun sedang berunding untuk menyelaraskan program kelonggaran kuantitatif. Perubahan tersebut akan membenarkan bank pusat untuk membeli bon secara besar-besaran dan ia boleh meningkatkan kadar pulangan bon kelak. Namun, kenaikan pada Yen adalah terhad selepas para pelabur memberikan prospek yang lebih tinggi terhadap AS dari segi perkembangan ekonomi dan pandangan bullish untuk kenaikan kadar faedah dari Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell. Walaupun Trump telah meluahkan ketidakpuasan beliau terhadap Fed dalam pengetatan dasar, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin telah menafikan campur tangan dan pentadbiran mereka menyokong kebebasan bank tersebut. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.08% ke 111.43 sementara EUR/USD susut sebanyak 0.02% ke $1.1690.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 2% ke $67.76 setong susulan dengan kebimbangan terhadap permintaan global yang berkemungkinan untuk susut berlatarbelakangkan perkembangan di dalam “perang perdagangan” baru-baru ini. Trump telah memberi ancaman pada hari Jumaat lepas untuk mengenakan tarif ke atas $500 bilion barangan eksport dari China yang boleh menghamparkan pertumbuhan ekonomi global dan menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah pada jangka panjang. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.04% ke $1,224.09 se troy auns berikutan dengan pemulihan pada dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:30 | EUR – German Manufacturing PMI (Jul) | 55.9 | 55.5 | – |
| 16:00 | EUR – Manufacturing PMI (Jul) | 54.9 | 54.7 | – |
| 16:00 | EUR – Markit Composite PMI (Jul) | 54.9 | 54.8 | – |
| 16:00 | EUR – Services PMI (Jul) | 55.2 | 55.0 | – |
| 21:45 | USD – Manufacturing PMI (Jul) | 55.4 | 55.1 | – |
| 21:45 | USD – Services PMI (Jul) | 56.5 | 56.5 | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 0.629M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup di bawah garisan 20-MA (merah). Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pergerakan harga baru-baru ini memaparkan fasa konsolidasi dan ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku di 1.3070 untuk mendapat pengesahan bagi bias menurun.
Tahap rintangan: 1.3130, 1.3180
Tahap sokongan: 1.3070, 1.3000
EURUSD

EURUSD. H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.1750. MACD yang mula memaparkan isyarat bearish mencadangkan bias menurun. Namun, pemecahan di bawah 1.1675 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1750
Tahap sokongan: 1.1675, 1.1640
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 110.70. Namun, penyusutan momentum menaik dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 111.95, 112.20
Tahap sokongan: 111.25, 110.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat menurun, pemecahan dari paras bawah saluran dan sasaran 67.55 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 67.90, 68.40
Tahap sokongan: 67.55, 66.50
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan memecahkan garisan trend menaik. Walaupun petunjuk MA dan MACD memaparkan isyarat bearish, penutupan di bawah tahap sokongan 1222.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1226.50, 1233.70
Tahap sokongan: 1222.00, 1216.00