12 April 2023 Analisis Sesi Pagi
Dolar AS merosot susulan IMF menurunkan anggaran pertumbuhannya.
Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama menurun dengan ketara di tengah-tengah latar belakang pengurangan unjuran pertumbuhan ekonomi global oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut kepada CNBC, IMF menjangkakan bahawa pertumbuhan global untuk tahun ini akan mencapai 2.8% dan 3% untuk tahun 2024. Namun begitu, kadar pertumbuhan tersebut adalah lebih rendah daripada anggaran pada Januari sebanyak 0.1% untuk kedua-dua tahun. Selain itu, IMF juga mendakwa ramalan yang dikeluarkan adalah berdasarkan apa yang berlaku setakat ini, seperti dasar monetari yang diperketatkan secara agresif oleh bank-bank pusat, keruntuhan bank-bank besar daripada keadaan kewangan penginapan yang merosot, kesinambungan perang antara Rusia-Ukraine dan sebagainya. Dalam pandangan IMF, krisis perbankan mungkin akan menjadi lebih teruk dan ia mungkin membawa kepada pendaratan sukar untuk pertumbuhan global, yang mendorong bank-bank utama untuk mempertimbangkan semula dasar monetari mereka. Pelabur berada dalam kegelapan tentang keadaan bank-bank Amerika sekali lagi, kerana IMF menunjukkan bahawa kegagalan bank adalah disebabkan oleh kenaikan kadar faedah yang mendadak. Dengan itu, ia mungkin mempengaruhi Fed untuk membatalkan kenaikan kadar faedahnya dalam mesyuarat akan datang. Walau bagaimanapun, ia perlu diperhatikan bahawa keputusan kadar faedah akan sangat bergantung pada data CPI hari ini. Semasa penulisan, Indeks Dolar menurun sebanyak 0.01% ke 101.83.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.01% ke $81.58 setong setakat penulisan sebelum pengumuman data CPI. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $2005.14 se-troy auns setakat penulisan berikutan kelemahan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:00 GBP BoE Gov Bailey Speaks
22:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:00 CAD BOC Press Conference
2:00 USD FOMC Meeting Minutes (13th April)
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.50% | 0.40% | – |
20:30 | USD – CPI (MoM) (Mar) | 0.40% | 0.30% | – |
20:30 | USD – CPI (YoY) (Mar) | 6.00% | 5.20% | – |
22:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 4.50% | 4.50% | – |
22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -3.739M | -2.329M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap Rintangan: 102.05, 103.20
Tahap Sokongan: 100.90, 99.75
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum beairsh mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap Rintangan: 1.2595, 1.2860
Tahap Sokongan: 1.2345, 1.2120
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1100, 1.1300
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9070, 0.9235
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8765
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 86.40, 91.85
Tahap sokongan: 81.30, 76.80
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 2025.70, 2069.15
Tahap sokongan: 1987.85, 1948.50