25 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar susut sementara GDP dipantau.
Kenaikan pada dolar AS telah terhenti pada semalam berikutan dengan data ekonomi baru-baru ini yang memaparkan isyarat bercampuran. Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.06% ke paras 94.33 semasa penulisan. Menurut kepada Markit, PMI bagi sektor pembuatan telah melanjutkan pertumbuhannya bagi bulan Julai sambil memberi bacaan sebanyak 55.5 berbanding dengan ramalan hanya 55.1. Namun, PMI bagi sektor perkhidmatan – salah satu penyumbang utama kepada ekonomi AS telah mengecut ke paras 56.2 berbanding dengan ramalan konsensus iaitu 56.5. Namun, kerugian yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas data yang bercampuran tersebut gagal untuk menurunkan spekulasi para pelabur terhadap pertumbuhan ekonomi suku kedua yang lebih mantap. Sebaliknya, pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.03% ke $1.3148 semasa sesi Asia. Pound sterling telah memulih sedikit sejak semalam selepas Perdana Menteri British Theresa May mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai rundingan Brexit dengan zon Eropah. Pengumuman tersebut telah meningkatkan jangkaan bahawa UK bakal mencapai perjanjian Brexit yang bermanfaat selepas inisiatif tersebut mengalami kebuntuan di dalam Parlimen Britain dan diantara Kesatuan Eropah.
Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.09% ke $69.89 setong walaupun American Petroleum Institute melaporkan penurunan pada stok minyak mentah. Momentum tersebut telah didorong susulan dengan para pelabur yang masih memberi tumpuan kepada perang perdagangan diantara AS dan China yang boleh menurunkan permintaan minyak global kelak. Sementara itu, harga emas memangkas kerugiannya sebanyak 0.08% ke $1,225.49 se troy auns berlatarbelakangkan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | AUD – CPI (QoQ) (Q2) | 0.4% | 0.5% | – |
| 16:00 | EUR – German Ifo Business Climate Index | 101.8 | 101.6 | – |
| 16:30 | GBP – Gross Mortgage Approvals | 39.2K | 39.0K | – |
| 22:00 | USD – New Home Sales (Jun) | 689K | 670K | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 5.836M | -2.331M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia melantun dan menutup di atas 1.3130. Walaupun kedua-dua garisan MA dan MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari garisan trend menurun adalah diperlukan untuk mengesahkan bias menaik tersebut.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3270
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3070
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari pergerakan harga dan MACD histogram, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku dari salah satu sisinya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1710, 1.1750
Tahap sokongan: 1.1675, 1.1640
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji berdekatan dengan paras atasnya. Walaupun MACD telah membentuk silang bullish yang mencadangkan bias menaik, pemecahan dari paras atas segi tiga adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 111.25, 111.95
Tahap sokongan: 110.70, 110.15
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memasuki semula ke dalam saluran menaik. Namun, penyusutan pada momentum menaik dari MACD memberikan cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 69.30, 70.00
Tahap sokongan: 68.40, 67.90
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari pergerakan harga dan MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang teliti telah muncul sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1226.50, 1233.70
Tahap sokongan: 1222.00, 1216.00