17 April 2023 Analisis Sesi Petang
Euro merosot susulan ucapan dovish daripada ECB.
EUR/USD, yang didagang oleh majoriti pelabur global menerima momentum bearish yang ketara pada hari Jumaat lepas berikutan kenyataan dovish telah dibentangkan oleh pegawai ECB. Menurut kepada Bloomberg, ahli Majlis Tadbir ECB Mario Centeno mendakwa pada Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa bank pusat dicadangkan untuk memperlahankan kadar kenaikan kadarnya, disebabkan oleh tekanan harga tinggi di zon Euro semakin berkurangan. Beliau berkata bahawa tidak ada keperluan untuk kenaikan kadar faedah dengan lebih agresif, jadi beliau berpendapat kenaikan 0 atau 25 mata asas adalah sesuai dalam mesyuarat Mei. Selain itu, seorang lagi ahli ECB turut menyatakan pandangan yang sama. Ahli Majlis Tadbir ECB Francois Villeroy de Galha menekankan bahawa proses kenaikan kadar akan berakhir. Dengan latar belakang sedemikian, daya tarikan Euro telah diseret, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah mata wang lain seperti Dolar AS. Walau bagaimanapun, ia perlu diberi perhatian bahawa sesetengah ahli masih menyokong bank pusat untuk menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas untuk mengurangkan risiko inflasi. Oleh itu, ucapan Presiden ECB Christine Lagarde yang akan dikeluarkan pada hari ini mungkin akan memberikan beberapa petunjuk tentang keputusan kadar faedahnya. Semasa penulisan, EUR/USD menyusut sebanyak 0.19% ke 1.0979.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.01% ke $82.44 setong setakat penulisan berikutan IEA membuat spekulasi permintaan minyak akan pulih pada tahun 2023. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.01% ke $2004.26 se-troy auns setakat penulisan susulan dengan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 EUR ECB President Lagarde Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 102.05, 103.20
Tahap Sokongan: 100.90, 99.75
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap Rintangan: 1.2595, 1.2860
Tahap Sokongan: 1.2345, 1.2120
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada paras tinggi. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 1.1100, 1.1300
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9070, 0.9235
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8765
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 86.40, 91.85
Tahap sokongan: 81.30, 76.80
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 2025.70, 2069.15
Tahap sokongan: 1987.85, 1948.50