83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

19 April 2023                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS merosot di tengah-tengah data optimis dari China dan UK.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, hilang kedudukannya selepas mencecah paras tertinggi dalam satu minggu apabila beberapa siri data ekonomi optimis dari luar AS melemahkan daya tarikan Greenback. Semalam, Biro Perangkaan Kebangsaan China mengeluarkan suku pertama KDNK pada 4.5%, jauh lebih baik daripada ramalan konsensus pada 4.0%. Sebelum itu, ekonomi China mengalami pertumbuhan hanya 2.9% pada suku terakhir 2022. KDNK yang lebih kukuh daripada jangkaan terutamanya disebabkan oleh pemulihan kukuh dalam aktiviti ekonomi merentas semua sektor yang berbeza selepas berakhirnya langkah-langkah pencegahan wabak akhir tahun lepas. Sebaliknya, lantunan semula dalam pasaran pound juga mendorong indeks dolar lebih rendah dalam sesi pra-dagangan pasaran UK. Walaupun terdapat peningkatan yang tidak dijangka dalam bilangan penganggur di UK, tetapi pertumbuhan gaji kekal kukuh, yang ditunjukkan oleh data Indeks Pendapatan Purata + Bonus. Dengan latar belakang sedemikian, prestasi cemerlang rantau lain mengurangkan permintaan pasaran terhadap indeks dolar. Semasa penulisan, indeks dolar turun -0.37% ke 101.70.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.07% ke $81.05 setong kerana data inventori minyak mingguan API menunjukkan penurunan yang sedikit lebih besar daripada jangkaan pada minggu lepas. Selain itu, harga emas didagangkan naik 0.01% ke $2005.50 setiap troy auns di tengah-tengah kelemahan indeks dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – CPI (YoY) (Mar) 10.4% 9.8%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Mar) 8.5% 6.9%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 0.597M -1.088M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 101.25. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan menuju ke paras yang lebih tinggi.

 

Tahap rintangan: 103.15, 105.00

Tahap sokongan: 101.25, 99.40

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.2405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2405, 1.2525

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2200

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0915. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1010, 1.1120

Tahap sokongan: 1.0915, 1.0770

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 133.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 135.20.

 

Tahap rintangan: 135.20, 136.30

Tahap sokongan: 133.05, 130.70

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6675. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6785.

 

 

Tahap rintangan: 0.6785, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6675, 0.6565

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6150. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6290.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3395. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan di 1.3395.

 

Tahap rintangan: 1.3395, 1.3485

Tahap sokongan: 1.3330, 1.3245

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 0.9000. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075

Tahap sokongan: 0.8930, 0.8890

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 79.65. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 81.80, 87.75

Tahap sokongan: 79.65, 76.10

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 2025.50. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1972.80.

 

Tahap rintangan: 2025.50, 2069.55

Tahap sokongan: 1972.80, 1937.25