20 April 2023 Analisis Sesi Petang
Pound Sterling meningkat berikutan risiko inflasi melambung tinggi.
GBP/USD, yang didagangkan oleh majoriti pelabur global melonjak dengan ketara pada hari Rabu selepas data inflasi telah dikeluarkan. Menurut kepada Office for National Statistics, UK Consumer Price Index (CPI) YoY bagi Mac mencapai bacaan sebanyak 10.1%, melebihi ramalan pasaran sebanyak 9.8%. Dengan itu, ia mungkin menyebabkan bank pusat UK untuk menaikkan kadar faedahnya lagi untuk meredakan inflasi dua angka, yang mendorong para pelabur untuk mengalihkan modal mereka ke arah pasaran UK. Setakat ini, Deutsche Bank menjangkakan terdapat dua lagi kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Bank of England (BoE). Selain itu, bank lain seperti Morgan Stanley juga memberikan pandangan yang sama. Oleh itu, para pelabur akan memberikan tumpuan kepada kenyataan daripada ahli BoE untuk menjangka keputusan kadar faedah bank pusat UK. Sebaliknya, keuntungan yang dialami oleh Pound Sterling dilanjutkan kerana Fed mendakwa dalam laporannya semalam bahawa harga barangan dan perkhidmatan semakin berkurangan. Selain itu, Eurostat juga telah mengisytiharkan data CPI, tetapi angka data tidak menurun lebih daripada jangkaan konsensus. Dengan latar belakang sedemikian, ia memberi isyarat bahawa inflasi tidak lembap dengan baik, yang mendorong kepada peningkatan EUR/USD. Semasa penulisan, GBP/USD menurun sebanyak 0.06% ke 1.2428, manakala EUR/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 1.0960.
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menyusut sebanyak 1.07% ke $78.39 setong setakat penulisan berikutan eksport minyak dari pelabuhan barat Rusia pada April mungkin akan mencapai paras tertinggi baharu sejak 2019. Selain itu, harga emas menyusut sebanyak 0.10% ke $1992.81 se-troy auns semasa penulisan susulan pengukuhan Dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
21:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 239k | 240k | – |
20:30 | USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Apr) | -23.2 | -20.0 | – |
22:00 | USD – Existing Home Sales (Mar) | 4.58M | 4.50M | – |
Analisis Teknikal
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 102.05, 103.20
Tahap Sokongan: 100.90, 99.75
GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap Rintangan: 1.2595, 1.2860
Tahap Sokongan: 1.2345, 1.2120
EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada paras rendah. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1100, 1.1300
Tahap sokongan: 1.0890, 1.0740
USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 135.20, 139.05
Tahap sokongan: 131.15, 127.80
AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur daripada tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6775, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6605, 0.6435
NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 0.6225, 0.6360
Tahap sokongan: 0.6080, 0.5960
USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun daripada tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 1.3500, 1.3675
Tahap sokongan: 1.3330, 1.3155
USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.
Tahap rintangan: 0.9070, 0.9235
Tahap sokongan: 0.8920, 0.8765
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.
Tahap rintangan: 81.30, 86.40
Tahap sokongan: 76.80, 73.10
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 2025.70, 2069.15
Tahap sokongan: 1987.85, 1948.50