26 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Pasaran dolar berkekal bullish sementara menunggu data GDP.
Indeks dolar berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah mencecah paras tinggi dua tahun susulan dengan data Core Durable Goods Orders AS yang kukuh. Walaupun data Initial Jobless Claims menunjukkan pasaran pekerjaan yang lebih lemah, sentimen pasaran kekal positif di tengah-tengah pembebasan data utama lain yang positif seperti Retail Sales, Goods Orders dan juga eksport yang telah menyusutkan kebimbangan penyusutan pertumbuhan ekonomi di AS. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data GDP suku pertama untuk memantau penggerakan dolar. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 97.89 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah memangkas kerugiannya sebanyak 0.30% ke 0.6640 semasa penulisan berikutan dengan data imbangan perdagangan yang positif. Menurut kepada Statistics New Zealand, imbangan perdagangan mereka telah meningkat ke $922M, jauh lebih kukuh berbanding dengan ramalannya sebanyak $131M sahaja. Selain itu, eksport di New Zealand juga meningkat ke $5.70B, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis sebanyak $5.30B. Data yang positif tersebut telah menunjukkan isyarat perkembangan ekonomi di New Zealand dan memulihkan keyakinan pelabur terhadap Kiwi.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.29% ke $64.90 setong semasa penulisan susulan dengan harapan OPEC akan meningkatkan pengeluaran untuk mengatasi isu pengurangan eksport dari negara Iran. Menurut kepada laporan terkini, Menteri tenaga Arab Saudi telah menyatakan bahawa sebarang peningkatan pengeluaran dari Arab Saudi dan OPEC adalah untuk mengimbangkan permintaan di dalam pasaran. Walau bagaimanapun, sentimen pasaran kekal suram semasa Jerman, Polan dan Slovakia menggantungkan import minyak dari Rusia oleh kerana kualiti yang makin merosot yang bakal menjejaskan permintaan terhadap komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.20% ke $1279.67 semasa penulisan di tengah-tengah konsolidasi pasaran stok AS yang menggalakkan permintaan terhadap emas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – GDP (QoQ) (Q1) | 2.2% | 2.0% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) | 96.9 | 97.1 | – |
| 01:00
(27hb) |
CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 825 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 97.60.
Tahap rintangan: 98.25, 99.55
Tahap sokongan: 97.60, 97.00

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2945.
Tahap rintangan: 1.2945, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2845, 1.2770

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.1145. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1145, 1.1180
Tahap sokongan: 1.1100, 1.1010

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan pada paras bawah saluran sisi di 111.75. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 111.45.
Tahap rintangan: 111.75, 112.20
Tahap sokongan: 111.45, 110.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7000. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 0.7050.
Tahap rintangan: 0.7050, 0.7090
Tahap sokongan: 0.7000, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6630. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6670.
Tahap rintangan: 0.6670, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6630, 0.6580

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3485. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3435.
Tahap rintangan: 1.3485, 1.3530
Tahap sokongan: 1.3435, 1.3380

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.0190. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya menutupkan lilinnya di bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0265, 1.0310
Tahap sokongan: 1.0190, 1.0100

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 64.65. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 66.00, 67.65
Tahap sokongan: 64.65, 63.45

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada garisan MA-60 (merah). MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan emas untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk menutupkan lilinnya di atas garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 1285.80, 1295.65
Tahap sokongan: 1277.30, 1268.50