83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

1 Ogos 2018        Analisis Harian

 

Dolar melonjak susulan kelegaan ketegangan perdagangan

Indeks dolar telah melonjak semasa awal sesi Asia berikutan dengan laporan mengenai A.S dan China akan menyambung semula perancangan mesyuarat untuk mengelakkan ketegangan perdagangan. Menurut kepada laporan dari Bloomberg, A.S dan China telah merancang untuk memulakan semula perbincangan perdagangan mereka untuk cubaan bagi meredakan pertempuran mereka antara dua negara. Berita tersebut telah mencetus momentum bullish untuk dolar susulan dengan ia memberi ketenangan kepada para pelabur dalam ketegangan perdagangan yang semakin meningkat baru-baru ini. Di samping itu, kekukuhan dolar juga didorong oleh data Keyakinan Pengguna yang kukuh berikutan dengan data yang lebih baik daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 127.4 berbanding dengan jangkaan sebanyak 126.5. Momentum selanjutnya akan ditentukan dengan lebih lanjut sementara para pelabur kini mengalihkan perhatian mereka kepada mesyuarat FOMC yang dinanti-nanti dijadualkan pada pagi esok. Indeks telah naik sebanyak 0.09% hingga 94.31 semasa penulisan. Sementara itu, NZD/USD telah menyusut sebanyak 0.19% kepada 0.6804 semasa penulisan berikutan dengan bacaan data Unemployment Rate yang telah tersasar daripada jangkaan. Menurut kepada Stats New Zealand, bacaan pasaran pekerjaan telah mencapai sebanyak 4.5%, tinggi sedikit daripada bacaan yang dijangkakan oleh ekonomis sebanyak 4.4%. Pada masa yang sama, data Employment Change juga mencatatkan bacaan sebanyak 0.5% yang telah menewaskan ramalan pasaran 0.4%, tetapi masih lemah daripada bacaan sebelumnya sebanyak 0.6%.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah merosot sebanyak 0.09% kepada $68.31 setong berikutan dengan peningkatan dalam data inventori yang tidak disangka. Menurut kepada American Petroleum Institute, inventori minyak mentah telah meningkat sebanyak 5.6 juta tong minggu lalu berbanding dengan jangkaan pasaran untuk jatuh sebanyak 2.8 juta. Para pelabur kini mengalihkan fokus mereka kepada laporan ekonomi EIA untuk menentukan momentum yang selanjutnya bagi komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.03% ke $1223.33 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar yang didorong oleh bacaan yang positif dari data-data ekonomi dan juga perkembangan dalam perdagangan A.S – China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara kemuncak hari ini

Masa                     Pasaran                                Acara

Tentatif                 CrudeOIL                               OPEC Meeting

2.00 (Thurs)          USD                                      FOMC Meeting

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15.55 EUR – German Manufacturing PMI (Jul) 57.3 57.3  
16.00 EUR – EU Manufacturing PMI (Jul) 55.1 55.1  
16.30 GBP – Manufacturing PMI (Jul) 54.4 54.2  
20.15 US – ADP Nonfarm Employment Change (Jul) 177K 186K  
22.00 US – ISM Manufacturing PMI (Jul) 59.4 60.2  
22.30 US – Crude Oil Inventories -6.147M -2.794M  
2.00 (Thurs) USD – Fed Interest Rate Decision 2.00% 2.00%  

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada garisan trend baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3095

 

Tahap sokongan: 1.3150, 1.3175

Tahap rintangan: 1.3095, 1.3025

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada garisan trend yang menaik baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan bias bearish yang bersambungan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1670.

 

Tahap rintangan: 1.1715, 1.1740

Tahap sokongan: 1.1670, 1.1635

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 11.95 baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 111.50.

 

Tahap rintangan: 111.95, 112.15

Tahap sokongan: 111.50, 111.25

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan di paras bawah saluran yang menaik dan juga tahap sokongan 68.70 baru-baru ini. Pergerakan harga dan MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 67.85.

 

Tahap rintangan: 68.70, 69.75

Tahap sokongan: 67.85, 66.70

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1226.00. Disebabkan oleh kekurangan isyarat daripada pergerakan harga dan MACD, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat jelas yang lebih lanjut muncul seperti pemecahan pada mana-mana tahap rintangan atau sokongan untuk pengesahan.

 

Tahap rintangan: 1226.00, 1233.00

Tahap sokongan: 1218.00, 1214.00