83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

23 Mei 2023                             Analisis Sesi Pagi

 

 

Dolar AS naik susulan kenyataan hawkish Bullard dan kemajuan dalam perbincangan siling hutang.

Indeks dolar, yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama, berjaya mendapatkan semula kilauannya malam tadi apabila kenyataan hawkish Bullard meningkatkan sentimen positif dalam pasaran dolar. Presiden Federal Reserve Bank of St. Louis James Bullard berkata bahawa AS mungkin perlu menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi pada tahun ini untuk berjaya membendung kadar inflasi. Senario asas kenaikan kadar faedah lebih lanjut adalah disebabkan kadar kenaikan harga tidak turun ‘cukup pantas’, malah kadar tunai telah meningkat tanpa henti sejak lebih setahun lalu. Walau bagaimanapun, keuntungan dolar adalah terhad, kerana perdebatan sama ada bank pusat AS akan berhenti menaikkan kadar faedah terus menimbang pada pasaran. Minggu lalu, Pengerusi Fed Jerome Powell memberi isyarat bahawa mereka tidak perlu menaikkan kadar sebanyak yang mereka jangkakan pada awalnya di tengah-tengah ketidaktentuan dalam sektor perbankan. Dari segi lain, perbincangan siling hutang antara Joe Biden dan Republikan membuat sedikit kemajuan tetapi perjanjian belum dicapai lagi. Selepas perbincangan baru-baru ini, Joe Biden optimis untuk memeterai perjanjian manakala McCarthy mendedahkan bahawa mereka boleh mencapai kesepakatan dalam masa yang terdekat. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat 0.04% ke 103.25.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.15% ke $72.30 setong kerana EIA menjangkakan penurunan dalam pengeluaran minyak OPEC akan meningkatkan harga minyak dalam beberapa bulan akan datang. Selain itu, harga emas turun sebanyak -0.03% ke $1971.20 setiap troy auns di tengah-tengah pengukuhan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:30 EUR – German Manufacturing PMI (May) 44.5 45.0
16:30 GBP – Composite PMI 54.9 54.6
16:30 GBP – Manufacturing PMI 47.8 48.0
16:30 GBP – Services PMI 55.9 55.5
20:00 USD – Building Permits 1.430M 1.416M
21:45 USD – Manufacturing PMI (May) 50.2 50.0
21:45 USD – Services PMI (May) 53.6 52.6
22:00                 USD – New Home Sales (Apr) 683K 663K

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 103.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 105.00.

 

Tahap rintangan: 105.00, 106.65

Tahap sokongan: 103.00, 100.65

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2405. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.2525.

 

Tahap rintangan: 1.2525, 1.2645

Tahap sokongan: 1.2405, 1.2300

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0770. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0915.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1010

Tahap sokongan: 1.0770, 1.0665

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 137.60. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 138.95.

 

Tahap rintangan: 138.95, 141.60

Tahap sokongan: 137.60, 136.30

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.6675.

 

 

Tahap rintangan: 0.6675, 0.6785

Tahap sokongan: 0.6565, 0.6425

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6290. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6290, 0.6455

Tahap sokongan: 0.6150, 0.6040

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 1.3485. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3485, 1.3565

Tahap sokongan: 1.3395, 1.3330

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9000. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.8865.

 

Tahap rintangan: 0.9000, 0.9075

Tahap sokongan: 0.8865, 0.8780

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan aliran menaik. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 73.90.

 

Tahap rintangan: 73.90, 77.15

Tahap sokongan: 70.15, 66.50

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1980.00. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 1951.60.

 

Tahap rintangan: 1980.00, 2020.70

Tahap sokongan: 1951.60, 1889.55