83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Ogos 2018                        Analisis Harian

 

Dollar berundur selepas pembebasan data JOLTSs Job Opening.

Indeks dolar telah berundur dari keuntungannya yang berlanjutan selepas pembebasan data ekonomi JOLTS Job Opening semalam. Menurut kepada US Bureau of Labor Statistics yang membantu untuk mengukur kekosongan jawatan kerja dalam negara tersebut, data yang dikeluarkan telah mengecewakan para pelabur dengan data yang lebih lemah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 6.662M berbanding dengan ramalan ekonomis dengan bacaan sebanyak 6.740M justerunya melemahkan sentimen risiko bagi dolar. Para pelabur kini akan menumpu perhatian kepada data ekonomi selanjutnya terutamanya CPI bagi negara A.S yang akan dibebaskan pada minggu ini. Dolar telah jatuh sebanyak 0.01% ke 95.12 semasa penulisan. Di samping itu, USDCAD telah didagang dengan lebih berikutan dengan pengeluaran data Ivey PMI yang mengecewakan. Menurut kepada Richard Ivey School of Business yang membantu dalam rekod keadaan ekonomi secara keseluruhan untuk perniagaan, data yang dikeluarkan adalah lebih suram daripada jangkaan, dengan bacaan sebanyak 61.8 berbanding ramalan pasaran dengan bacaan sebanyak 64.2. Data tersebut telah menonjolkan bahawa pertumbuhan perniagaan di Kanada telah berkurangan, justerunya mendorong kelemahan selanjutnya dalam dolar Kanada. USDCAD telah meningkat sebanyak 0.03% ke 1.3056 semasa penulisan.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.22% ke $69.23 pada waktu penulisan berikutan dengan kebimbangan yang meningkat dalam isu kekurangan bekalan minyak mentah. Dengan pelan sekatan US terhadap Iran, fasa pertama sekatan tersebut telah berkuat kuasa pada semalam dan fasa kedua dijangka untuk berkuat kuasa dalam awal November. Sekatan tersebut dari A.S boleh meningkatkan kemungkinan bagi kekurangan bekalan untuk komoditi tersebut maka ia telah mendorong risiko sentimen dan juga harga bagi komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah melantun 0.22% ke $1213.48 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar A.S yang kini telah dilemahkan oleh data pekerjaan yang mengecewakan justerunya meningkatkan daya tarikannya sebagai aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara kemuncak hari ini

Masa                     Pasaran                Acara

11.05                     AUD                                       Governor RBA Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09.30 AUD – Home Loans (MoM)(Jun) 1.1% 0.1%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 3.803M -1.800M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang dalam saluran yang menurun berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2970 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap rintangan 1.2920.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3025

Tahap sokongan: 1.2920, 1.2850

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 1.1605 baru-baru ini. Pergerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan seterusnya di 1.1625.

 

Tahap rintangan: 1.1625, 1.1655

Tahap sokongan: 1.1605, 1.1580

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan 111.25. Pergerakan harga dan MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah garisan trend.

 

Tahap rintangan: 111.55, 111.90

Tahap sokongan: 111.25, 111.00

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 69.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan pada tahap rintangan 69.25.

 

Tahap rintangan: 69.25, 69.80

Tahap sokongan: 68.75, 67.90

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam segi tiga yang menyempit sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1213.00. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan pada paras atas segi tiga dan tahap rintangan 1213.00 adalah diperlukan untuk mengesahkan momentum tersebut.

 

Tahap rintangan: 1213.00, 1218.00

Tahap sokongan: 1206.00, 1200.00