83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Ogos 2018                        Analisis Harian

 

Dollar melonjak di tengah-tengah kekurangan sumber berita yang baru.

Indeks dolar telah meningkat berikutan dengan kekurangan sumber segar yang dapat mempengaruhi dolar. Sentimen dolar kekal tertakluk kepada perkembangan dalam perang perdagangan. Dalam langkah terakhir yang lalu, US telah merancang untuk meningkatkan tarif kepada 25% dari 10% terhadap barangan China yang bernilai $200 bilion dan China telah bersumpah akan membalas balik. Pada masa yang sama, spekulasi dalam kenaikan kadar faedah sebanyak dua kali di negara A.S tetap mendorong sentimen dolar di kalangan pelabur selanjutnya. Para pelabur kini akan mengalihkan perhatian mereka kepada data ekonomi US PPI dan juga CPI yang akan datang pada minggu ini. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.09% ke 94.93 semasa penulisan. Di samping itu, USDCAD telah menaik sebanyak 0.04% ke 1.3023 pada waktu penulisan selepas pembebasan data ekonomi Building Permits yang mengecewakan. Menurut kepada data yang dikeluarkan oleh Statistics Canada, pasaran perumahan di ekonomi tersebut telah berkurang dengan bacaan data sebanyak 2.3%, lebih lemah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 5.7. Selain itu, laporan mengenai ketegangan antara Kanada dan Arab Saudi telah meningkat di mana Arab Saudi telah mengarahkan brokernya untuk menjual aset Kanadanya dan juga membekukan semua pelaburan dalam Kanada sebagai pembalasan selepas pihak di Kanada telah mendesak Riyadh untuk “segera melepaskan” aktivis hak wanita Samar Badawi dan Nassima al-Sadah pada minggu lalu. Tindak balas tersebut telah mendorong sentimen untuk penjualan dolar Kanada dengan selanjutnya.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melantun sebanyak 0.19% ke $66.86 setong selepas penjualan yang agresif pada semalam berikutan dengan pembebasan data Crude Oil Inventories yang lemah semalam. Menurut kepada laporan mingguan U.S Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah telah jatuh sebanyak 1.351 juta tong dalam minggu yang berakhir pada 3 Ogos. Data tersebut telah memberi kekecewaan kepada pasaran di mana bacaan tersebut membukti ia adalah lebih lemah daripada jangkaan untuk penurunan sebanyak 2.8 juta . Selain itu, dalam perkembangan antara A.S dan Iran, Menteri Asing Iran Zarif telah mengeluarkan kenyataan bahawa Iran akan meneruskan eksport walaupun dengan sekatan A.S dan A.S tidak akan dapat menghentikannya. Sebaliknya, harga emas telah menurun sebanyak 0.08% ke 1213.32 se troy auns pada waktu penulisan berikutan dengan sentimen kukuh dalam dolar yang kekal tertakluk pada perkembangan antara A.S dan China yang masih melibatkan diri dalam perang perdagangan

 

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara kemuncak hari ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.15 CAD – Housing Starts (Jul) 248.1K 220.0K
20.30 USD – PPI (MoM) (Jul) 0.3% 0.2%
20.30 CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jun) 0.0% 0.0%

 

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran di tahap sokongan 1.2850. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekiranya ia memecah tahap sokongan 1.2850.

 

Tahap rintangan: 1.2920, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2850, 1.2780

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1605. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1625.

 

Tahap rintangan: 1.1625, 1.1655

Tahap sokongan: 1.1605, 1.1580

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 110.75. Pergerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 111.00.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.25

Tahap sokongan: 110.73, 110.36

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 66.40 dan kini sedang menguji tahap rintangan 67.00. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek sekiranya ia memecah tahap rintangan 67.00.

 

Tahap rintangan: 67.00, 67.90

Tahap sokongan: 66.40, 65.70

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam segi tiga yang menyempit sementara ia sedang menguji paras atas segi tiga dan tahap rintangan 1214.00. Walaupun MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan, pemecahan pada paras atas segi tiga dan tahap rintangan 1214.00 adalah diperlukan untuk pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1214.00, 1219.00

Tahap sokongan: 1207.00, 1204.00