83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Ogos 2018                      Analisis Harian

 

Dollar kekal teguh walaupun dengan pembebasan data PPI yang lemah.

Dolar kekal kukuh terhadap bakul enam mata wang utama walaupun dengan keluaran data US PPI yang mengecewakan semalam. Menurut kepada US Department of Labor, purata bagi perubahan harga dalam bahan-bahan pengeluaran untuk bulan Julai telah merosot dengan bacaan sebanyak 0.00%, lebih lemah daripada ramalan pasaran sebanyak 0.2%. Walaupun dengan data tersebutnya yang lemah, sentimen dolar kekal positif yang masih tertakluk kepada perang perdagangan antara AS dan China dan juga jangkaan kenaikan kadar Fed. Pelabur kini akan mengalih perhatian mereka kepada pembebasan data yang seterusnya iaitu CPI AS yang akan dikeluarkan malam ini. Dolar meningkat sebanyak 0.06% ke 95.36 pada waktu penulisan semasa sesi awal Asia tadi. Sementara itu, EURUSD telah menurun susulan dengan kenyataan yang tidak memberangsangkan dalam Papan Buletin ECB semalam. Berdasarkan dengan kenyataan dalam Papan Buletin ECB, ECB telah menyatakan bahawa ekonomi zon Eropah sedang menuju ke pertumbuhan yang luas dan mantap, namun kekhuatiran terhadap ketidakpastian dalam perang perdagangan tetap menonjol. Kenyataan yang membayangkan amaran untuk prospek pertumbuhan global dan juga ketakutan dalam perang perdagangan telah meningkatkan kebimbangan para pelabur, justerunya memacu penjualan dolar Euro dengan selanjutnya. EURUSD telah merosot sebanyak 0.05% ke 1.1530 pada waktu penulisan.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.06% ke $ 66.75 setong di tengah-tengah sentimen risiko pada komoditi yang masih tertakluk kepada kebimbangan kekurangan bekalan. Sekatan AS ke atas minyak Iran yang telah berkuat kuasa pada hari Selasa yang lalu dan juga ketegangan geopolitik antara Kanada dan Arab Saudi telah menyebabkan beberapa kesan besar di pasaran. Namun, sentimen risiko untuk komoditi tersebut kekal positif untuk jangka panjang apabila pelabur menjangkakan sekatan AS boleh mencetus kemungkinan senario yang  terburuk dan melenyapkan 1.5 – 2.0 juta bekalan minyak mentah setiap hari, justerunya kemungkinan kekurangan bekalan akan meningkat dan akan memacu komoditi tersebut dengan lebih tinggi. Sebaliknya, harga emas telah jatuh sebanyak 0.03% kepada 1212.41 se troy auns disebabkan kekuatan dolar dan sentimen risiko positif yang kekal tertakluk kepada perang perdagangan antara AS dan China.

 

 


 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara kemuncak hari ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16.30 GBP – GDP (YoY) (Q2) 1.2% 1.3%
16.30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) 0.4% 0.3%
20.30 USD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.2% 0.2%
20.30 CAD – Employment Change (Jul) 31.8K 17.5K
20.30 CAD – Unemployment Rate (Jul) 6.0% 5.9%

 

 

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang dalam saluran yang menurun berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.2850 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan pada tahap rintangan 1.2850.

 

Tahap rintangan: 1.2850, 1.2920

Tahap sokongan: 1.2780, 1.2710

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1535. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal jangka pendek selepas ia memecah tahap rintangan 1.1535

 

Tahap rintangan: 1.1535, 1.1550

Tahap sokongan: 1.1515, 1.1485

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan 110.00 baru-baru ini. MACD yang memaparkan isyarat bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan seterusnya 110.75.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.25

Tahap sokongan: 110.75, 110.35

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 67.20 baru-baru ini. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 67.20

 

Tahap rintangan: 67.20, 67.90

Tahap sokongan: 66.40, 65.70

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam segi tiga yang menyempit berikutan dengan pengunduran dari paras atas segi tiga tersebut. Oleh kerana kekurangan isyarat dan momentum dalam pasaran, ia adalah dicadangkan untuk kekal neutral dan menunggu sehingga isyarat jelas yang selanjutnya muncul seperti pemecahan pada mana-mana paras atas atau bawah segi tiga sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1214.00, 1219.00

Tahap sokongan: 1207.00, 1204.00