15 Ogos 2018 Analisis Harian
Dolar melambung susulan jangkaan kenaikan kadar Fed yang meningkat.
Dolar telah meneruskan kenaikannya dan mencipta paras tinggi yang baru lagi dan lagi berikutan dengan sentimen kebanyakan yang kekal tertakluk kepada jangkaan kenaikan kadar faedah dan juga tajuk utama dalam krisis kewangan Turki. Para pelabur masih menaruh harapan yang tinggi di mana kemungkinan kenaikan Fed pada bulan September kekal tidak berubah dari seminggu yang lalu dengan kadar peratusan sebanyak 90 peratus. Selain itu, perang perdagangan antara AS dan China masih kekal dalam tumpuan para pelabur di mana pasaran masih berpandangan optimis kepada A.S dalam tempoh jangka panjang. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% ke 96.52 semasa penulisan. Sementara itu, GBPUSD telah menurun sebanyak 0.11% ke 0.7257 pada waktu penulisan walaupun dengan data ekonomi pasaran pekerjaan yang mantap. Berdasarkan dengan National Statistics dari negara UK, kadar pengangguran di UK telah bertambah baik dengan penurunan sebanyak 4.0%, lebih rendah daripada jangkaan pasaran dengan bacaan sebanyak 2.0%. Namun, ia tidak memberi impak positif yang boleh kekal lama bagi sentimen sterling di mana butiran yang tambahan juga telah mendedahkan bahawa pertumbuhan bagi jumlah upah tahunan adalah lebih perlahan daripada jangkaan dengan bacaan 2.4%, lebih suram daripada jangkaan dengan bacaan sebanyak 2.5% .
Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah memulih sebanyak 0.13% ke $66.70 walaupun American Petroleum Institute (API) melaporkan bahawa inventori minyak mentah A.S telah meningkat sebanyak 3.66 juta tong sehari untuk minggu lalu, lebih tinggi berbanding dengan bacaan sebelumnya yang mencatatkan penurunan sebanyak -6.00 juta tong sehari. Sebaliknya, Harga emas telah menurun sebanyak 0.13% ke $1192.89 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kekukuhan dolar yang didorong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah yang semakin kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16.30 | GBP – CPI (YoY) (Jul) | 2.4% | 2.5% | – |
| 16.30 | GBP – PPI Input (MoM) (Jul) | 0.2% | 0.1% | – |
| 20.30 | USD – Retail Sales (MoM) (Jul) | 0.5% | 0.2% | – |
| 22.30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -1.351M | -2.667M | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.2720 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2650.
Tahap rintangan: 1.2720, 1.2780
Tahap sokongan: 1.2650, 1.2585
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.1325. MACD yang memaparkan bias bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan pada tahap sokongan 1.1325.
Tahap rintangan: 1.1380, 1.1440
Tahap sokongan: 1.1325, 1.1280
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan 111.10 baru-baru ini. MACD yang kini telah memaparkan isyarat bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan di 111.10.
Tahap rintangan: 111.45, 111.90
Tahap sokongan: 111.10, 110.75
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 67.20 baru-baru ini. Pergerakan harga baru-baru ini dan MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 66.30.
Tahap rintangan: 67.90, 68.75
Tahap sokongan: 67.20, 66.30
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1192.00 baru- baru ini. Pergerakan harga serta MACD yang telah memaparkan momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1185.50.
Tahap rintangan: 1192.00, 1198.00
Tahap sokongan: 1185.50, 1177.00