83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Ogos 2018                      Analisis Harian

 

Dolar berundur susulan keluaran data yang bercampuran.

Indeks dolar telah menyusut susulan dengan keluaran data-data ekonomi yang bercampuran pada malam semalam. Dari faktor ekonomi, data ekonomi Philadephia Fed Manufacturing Index yang dibebaskan semalam telah mengeluarkan keputusan yang suram dengan bacaan 11.9 berbanding dengan 22.00. Namun untuk data ekonomi bagi perumahan telah bertambah dengan baik di mana data ekonomi Building Permits untuk Julai pun telah meningkat sebanyak 1.311 juta berbanding ramalan bacaan 1.310 juta. Namun, kebanyakan sentimen dalam dolar masih tertakluk kepada tajuk utama dalam konflik AS dengan negara-negara di dunia terutamanya China di mana ia baru-baru ini telah mengesahkan untuk meneruskan perbincangan perdagangan dengan AS. Para pelabur akan kekal menumpu perhatian mereka kepada tindakan AS untuk menentukan arah alirannya dengan selanjut.. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.13% ke 96.37 semasa penulisan. Sementara itu, GBPUSD telah menurun sebanyak 0.05% ke 1.2719 berikutan dengan pembebasan data ekonomi UK CPI yang sejajar dengan jangkaan. Berdasarkan dengan data yang dikeluarkan oleh National Statistics di UK, kadar perubahan harga bagi barangan pengguna kekal tidak berubah dengan bacaan sebanyak 0.0% yang menepati ramalan ekonomis. Namun data tersebut tidak dapat menarik perhatian bullish dengan lama di mana sentimen dalam paun sterling secara keseluruhan masih tertakluk kepada ketakutan dalam pelan Brexit yang tidak dapat mencapai sebarang perjanjian antara UK dan EU.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.04% ke $65.42 setong susulan dengan pengesahan dari AS dan China untuk memulakan perbincangan untuk menyelesaikan konflik antara dua negara yang boleh memberi pandangan yang optimis kepada permintaan minyak mentah. Sebaliknya, harga emas telah melantun sebanyak 0.30% ke $1176.90 se troy auns selepas penjualan komoditi tersebut pada semalam yang tertakluk kepada dolar yang kukuh yang didorong data ekonomi yang baik baru-baru ini dan juga pandangan yang optimis dalam rancangan perbincangan AS dan China.

 

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

15.30                     AUD                                       RBA Assist Gov Ellis Speak

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.00 EUR – CPI (MoM) (Jul) 0.1% -0.3%
20.30 CAD – CPI (MoM) (Jul) 0.1% 0.1%

 

 

 

 


 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2695 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan MACD yang memaparkan permulaan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2735.

 

Tahap rintangan: 1.2735, 1.2785

Tahap sokongan: 1.2695, 1.2665

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.1365 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini dan petunjuk MACD yang memaparkan isyarat yang masih tertakluk kepada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1440.

 

Tahap rintangan: 1.1440, 1.1485

Tahap sokongan: 1.1365, 1.1300

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran berhampiran dari tahap rintangan 111.10. Pergerakan harga baru-baru ini dan MACD yang menunjukkan permulaan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 110.75.

 

Tahap rintangan: 111.10, 111.45

Tahap sokongan: 110.75, 110.45

 


 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan 65.35 baru-baru ini. Pergerakan harga yang terkini serta MACD yang menunjukkan momentum bullish yang ketara mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 65.80

 

Tahap rintangan: 65.80, 66.30

Tahap sokongan: 65.35, 64.60

 


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada garisan trend baru-baru ini dan kini menguji tahap rintangan 1177.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahap rintangan 1177.00.

 

Tahap rintangan: 1177.00, 1185.00

Tahap sokongan: 1166.00, 1155.00