83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

07 September 2018           Analisis Harian

 

Dolar menyusut di tengah-tengah data ekonomi yang lemah.

Indeks dolar menyusut sebanyak 0.02% ke 94.94 pada sesi dagangan awal Asia susulan dengan pengeluaran data ekonomi ADP Nonfarm Employment Change yang lemah untuk bulan Ogos di mana data sebenarnya lebih suram daripada jangkaan data dengan bacaan sebanyak 163K berbanding dengan 188K. Data tersebut telah menyumbang kepada momentum menurun di tengah-tengah ketidakpastian terhadap dolar yang semakin berkembang di kalangan pelabur.  Walaupun terdapat bacaan data yang lebih baik daripada data ekonomi ISM Non-Manufacturing PMI dengan bacaan sebenar sebanyak 58.5 berbanding dengan data ramalan sebanyak 57.0, ia tidak mencukupi untuk mewujudkan sentimen positif untuk pasaran dolar di tengah-tengah ketegangan dan konflik perang perdagangan antara AS dan China yang makin kuat. Dalam berita lain, dolar Kanada yang juga dikenali sebagai Loonie telah memulih kekuatannya selepas Timbalan Gabenor BoC Carolyn Wilkins mengatakan bahawa percanggahan pendapat dalam perbincangan perdagangan antara AS dan Kanada tidak akan menghalang pelan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah. Tambahan pula, pegawai-pegawai Mexico juga menyatakan bahawa perbincangan NAFTA tidak akan berjaya sehingga Kanada bergabung semula dengan perjanjian antara Mexico dan AS. Ini telah mewujudkan sentimen yang positif untuk Kanada dan meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap loonie. Pasangan ini telah menyusut sebanyak 0.09% ke 1.3130 semasa penulisan.

 

                Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah terus menurun sebanyak 0.16% ke $67.75 setong walaupun pengeluaran data positif dari data ekonomi Crude Oil Inventories di mana data sebenar sebanyak -4.302M mengatasi data ramalan sebanyak -1.294M. Walaupun data menunjukkan kejatuhan bekalan minyak mentah, ia tidak cukup kuat untuk mewujudkan sentimen positif untuk pasaran kerana para pelabur tengah menumpukan perhatian kepada perang perdagangan antara AS dan China di mana AS akan mengenakan lagi satu pusingan tarif ke atas $200 bilion barangan China. Sebaliknya, harga emas telah meningkat sebanyak 0.20% ke $1202.15 se troy auns sementara dolar menyusut sambil memberikan rangsangan kepada harga emas.

 

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:30                     USD                      FOMC Member Rosengren Speaks
 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17.00 EUR – GDP (QoQ) (Q2) 0.4% 0.4%
20.30 USD – Average Hourly Earnings (YoY) (Aug) 2.7% 2.7%
20.30 USD – Nonfarm Payroll (Aug) 157K 191K
20.30 CAD – Net Change in Employment 54.1K 5.0K
20.30 CAD – Unemployment Rate 5.8% 5.9%

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.2945. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya memecahkan tahap sokongan di 1.2910.

Tahap rintangan: 1.2945, 1.2975
Tahap sokongan: 1.2910, 1.2870

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1.1625. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1580.

 

Tahap rintangan: 1.1625, 1.1650

Tahap sokongan: 1.1580, 1.1530

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 110.45. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan bahawa pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 110.70.

 

Tahap rintangan: 110.70, 110.90

Tahap sokongan: 110.45, 110.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 67.75. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 68.30.

 

Tahap rintangan: 68.30, 69.10

Tahap sokongan: 67.75, 67.25

 

 

GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1198.95. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia dapat menembusi tahap rintangan terkini di 1203.00.

 

Tahap rintangan: 1203.00, 1207.80

Tahap sokongan: 1198.95, 1196.00