83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

18 September 2018           Analisis Harian

 

Dolar meningkat selepas Trump umumkan tarif.

Dolar indeks berjaya mengukuhkan keududukannya sebanyak 0.09% ke 94.10 pada sesi dagangan awal Asia selepas pengumuman tarif sebanyak 0.10% yang dikenakan ke atas $200 bilion barangan China oleh Presiden AS Doanld Trump. Beliau juga mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas $267 bilion barangan China sekiranya China bertindak balas terhadap AS. Tarif yang dikenakan sejak itu telah mendorong dolar kerana ia menunjukkan ekonomi AS yang lebih baik dengan peluang pasaran domestik serta peningkatan pendapatan ke atas cukai import. Selain itu, Trump telah menyebut di Twitter bahawa beliau bersedia untuk mengenakan tarif ke atas import rakan perdagangan jika mereka gagal untuk membuat perjanjian perdagangan yang adil dengan AS. Dalam berita lain, pound sterling telah meningkat sebanyak 0.02% ke 1.3150 selepas komen daripada ketua perunding EU Michel Barnier tentang rundingan antara European Union dan Britain mengenai Brexit telah berjalan lancar dan berjaya memupuk kerjasama yang baik untuk masa kini. Oleh kerana Brexit semakin dekat dengan tarikh akhirnya, para pelabur bertindak balas terhadap sebarang tanda berita mengenai Brexit dan ini telah menyebabkan pasangan ini untuk bergantung kepada keadaan semasa Brexit.

 

                Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menyusut sebanyak 0.20% ke $68.39 setong selepas pengumuman tarif 10% yang dikenakan ke atas barangan China oleh Presiden AS Donald Trump telah memupuk kebimbangan pelabur terhadap kesan tarif tersebut ke atas pasaran minyak mentah. Di samping itu, harga emas juga munurun sebanyak 0.21% ke $1198.65 se troy auns di tengah kekukuhan dolar akibat pengumuman tarif.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

16:15                     EUR                        ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Jul) 1.1% 0.6%

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya di 1.3145. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3180.

 

Tahap rintangan: 1.3180, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap rintangan di 1.1690. MACD yang memaparkan momentum bearish serta permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya memecahakan tahap rintangan 1.1690.

 

Tahap rintangan: 1.1690, 1.7130

Tahap sokongan: 1.1645, 1.1615

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji tahap rintangan 111.95. Pengerakan harga terkini dan MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecahkan tahap rintangan 111.95.

 

Tahap rintangan: 111.95, 112.20

Tahap sokongan: 111.65, 111.25

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 68.55. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 67.30.

 

Tahap rintangan: 68.55, 69.55

Tahap sokongan: 67.30, 66.80

 

 

GOLD

GOLD, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya di 1198.95. Pengerakan harga terkini dan MACD yang memaparkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1196.00.

 

Tahap rintangan: 1198.95, 1203.00

Tahap sokongan: 1196.00, 1191.10