1 Oktober 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 1 – 5
Kajian Pasaran (Forex): September 24 – September 28
Dolar AS
Dolar AS telah mengalami peningkatan di tengah-tengah kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat AS (Fed) yang mencetuskan sentimen positif untuk dolar dan hal ini telah meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap dolar AS. Indeks dolar telah meningkat sepanjang minggu lalu sementara menutup pasaran dengan harga 94.75 pada Jumaat lepas.
Kenaikan kadar faedah pada pagi Khamis waktu Asia sebanyak 25 mata asas dari 2.00% ke 2.25% telah meletakkan dolar kembali ke tempat aset selamat sementara para pelabur sedang menjangkakan lagi kenaikan kadar secara beransur-ansur sehingga tahun 2020. Selanjutnya, kenaikan indeks dolar telah didorong oleh pembebasan data ekonomi GDP AS yang berjaya mencapai data ramalannya sebanyak 4.2%.
Secara keseluruhannya, dolar terus mengukuhkan harganya berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama sementara para pelabur mengalihkan portfolio mereka kepada pro-USD di tengah-tengah sentimen positif akibat kenaikan kadar diikuti dengan jangka kenaikan selanjutnya sehingga tahun 2020. Keyakinan pelabur turut meningkat dan ini telah mendorong peningkatan harga dolar pada minggu lepas.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah meningkat sepanjang minggu sebelum menutup pasaran dengan harga paras tinggi sembilan bulan di 113.67 pada Jumaat lepas. Gabenor Bank Negara Jepun (BOJ) Haruhiko Kuroda menyatakan pada Selasa lalu bahawa bank pusat harus memberi tumpuan kepada kesan sampingan program stimulus (QE) kerana inflasi semasa masih jauh dari sasaran BOJ. Beliau juga menyatakan Jepun harus mencapai sasaran inflasi 2% secepat mungkin sebelum memasuki fasa untuk menormalkan dasar monetari dan meningkatkan kadar faedah.
EUR/USD
EURUSD telah menyusut sepanjang minggu lalu sebelum menutup pasaran dengan harga 1.1602 pada Jumaat lepas di tengah-tengah krisis bajet Itali di mana mereka telah memutuskan untuk menyelesaikan sasaran defisit sebanyak 2.4% untuk tahun berikutnya dan tindakan ini telah mencetuskan penjualan dalam bon Itali. Pasangan ini mungkin mengalami kerugian selanjutnya sekiranya bon Itali meneruskan kerugiannya.
GBP/USD
GBPUSD telah menurun secara keseluruhan pada minggu lepas sebelum menutup pasaran dengan harga 1.3027 pada hari Jumaat lepas ketika Perdana Menteri UK Theresa May menegaskan untuk Brexit tanpa perjanjian. Kebimbangan mengenai perundingan Brexit yang berterusan telah mewujudkan sentimen negatif untuk pound yang menyebabkan kejatuhannya pada minggu lalu. Pelabur akan tumpukan perhatian mereka kepada tajuk Brexit untuk mendapat hala aliran yang lebih jelas untuk pound.
Kajian Pasaran (Komoditi): September 24 – September 28
GOLD
Harga emas telah menjunam sepanjang minggu lalu akibat pengukuhan dolar di tengah-tengah kenaikan kadar Fed pada minggu lepas. Logam kuning telah berjaya memulih kerugiannya ketika menutup pasaran dengan harga $1191.50 se troy auns pada Jumaat lalu.
Harga emas menjunam sementara dolar meneruskan momentum bullishnya di tengah-tengah keputusan kadar faedah Fed di mana sentimen pelabur untuk menjangkakan kenaikan kadar selanjutnya sehingga tahun 2020. Harga emas telah menurun sepanjang minggu tetapi berjaya mengembalikan sebahagian kerugiannya pada hari Jumaat apabila pelabur bullish menahankan posisi mereka ketika emas menjunam ke paras rendah satu bulan.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah meningkat sepanjang minggu lepas di tengah-tengah kehampiran perlaksanaan sanksi Iran. Harga komoditi tersebut telah melonjak ke $73.47 setong semasa sesi Jumaat lepas.
Pasaran minyak mentah menikmati keuntungannya sementara OPEC menghadapi masalah kekurangan bekalan akibat sekatan ke atas Iran. Presiden AS Donald Trump telah mengubungi pemimpin OPEC, Arab Saudi King Salman pada hujung minggu untuk membincangkan usaha untuk memastikan kestabilan pasaran dan juga pertumbuhan ekonomi secara global. Sebelum itu, Trump telah mengkritik OPEC tentang kenaikan harga minyak secara beransur-ansur oleh OPEC dan menuntu mereka untuk meningkatkan output untuk mendinginkan pasaran sebelum pilihan raya separuh akhir AS pada bulan November nanti.
Secara keseluruhannya, harga minyak mentah boleh dilihat meningkat sepanjang minggu lalu akibat sentimen positif yang mengelilingi pasaran minyak berikutan dengan kayakinan bahawa bekalan minyak global akan menjatuh akibat sekatan Iran. Perbincangan telah dibuat antara pembekal minyak dari OPEC serta bukan OPEC untuk meningkatkan bekalan minyak mentah global sebanyak 500,000 tong sehari tetapi keputusan tersebut masih belum dikuatkuasakan, oleh itu memanjangkan keyakinan pelabur terhadap harga minyak.
Pandangan Mingguan: Oktober 1 – 5
Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada pembebasan pelbagai data ekonomi terutama Non-Farm Payroll (NFP) pada Jumaat ini. NFP yang mengukur kadar pengangguaran untuk negara AS yang tidak termasuk sektor ladang merupakan salah satu penunjuk harga utama bagi dolar.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 1 – 5
| Isnin, October 1 |
Data JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q3) EUR – German Manufacturing PMI (Sep) GBP – Manufacturing PMI (Sep) USD – ISM Manufacturing PMI (Sep)
Events N/A
|
| Selasa, October 2 |
Data AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct)
Events AUD – RBA Rate Statement
|
| Rabu, October 3 |
Data GBP – Services PMI (Sep) USD – ADP Nonfarm Employment Change (Sep) USD – ISM Non-Manufacturing Employment (Sep) USD – ISM Non-Manufacturing PMI (Sep) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Events USD – Fed Chair Powell Speaks
|
| Khamis, October 4 |
Data USD – Initial Jobless Claims USD – Factory Orders (MoM) (Aug) CAD – Ivey PMI (Sep)
Events N/A
|
|
Jumaat, October 5
|
Data AUD – Retail Sales (MoM) (Aug) USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Sep) USD – Nonfarm Payrolls (Sep) USD – Unemployment Rate (Sep) CAD – Employment Change (Sep)
Events N/A
|