83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

2 Oktober 2018                  Analisis Sesi Pagi

 

Dolar masih kukuh, pasaran memantau keputusan RBA.

Dolar AS telah memangkas kerugiannya dari semalam sementara para pelabur menunggu pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Australia (RBA) yang telah dijadualkan pada tengah hari ini. Semalam, dolar telah menerima tekanan bearish yang menyeluruh selepas Institute of Supply Management (ISM) melaporkan penurunan pada Manufacturing PMI ke paras 59.8 berbanding ramalan iaitu 60.1 bagi bulan September. Namun, kerugian yang dialaminya adalah terhad selepas komponen pekerjaan data tersebut – ISM Manufacturing Employment memberikan bacaan yang lebih positif sebanyak 58.8 berbanding ramalan 58.1. Di dalam pasaran yang lain, pasangan GBP/USD melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.01% ke 1.3043 pada pagi tadi. Semalaman, pound sterling telah melonjak berlatarbelakangkan berita positif di mana UK bakal mengkompromi mengenai isu sempadan Ireland bagi melanjutkan rundingan Brexit dengan EU. Namun, kompromi tersebut hanya akan digunakan sebagai pelan kontingensi sekiranya perjanjian Brexit tidak dicapai dan ia UK bakal dikenakan syarat bagi mendapat akses penuh ke dalam kesatuan EU.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.63% ke $75.53 setong, paras yang tertinggi sejak lewat tahun 2014. Pasaran bullish masih menyokong harga minyak selepas para pelabur khuatir akan sekatan ke atas Iran yang boleh menyebabkan kekurangan stok minyak global sebanyak 1.5 juta tong sehari. Sebaliknya, harga emas didagang secara tipis berdekatan $1,189.38 se troy auns sementara dolar yang kukuh menyekat sebarang kenaikan yang ketara pada komoditi tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

Sehari                    CNY                       China – National Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

12:30                     AUD                       RBA Rate Statement

22:00                     USD                       FOMC Member Quarles Speaks

00:00                     USD                       Fed Chair Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
12:30 AUD – RBA Interest Rate Decision (Oct) 1.50% 1.50%
16:30 GBP – Construction PMI (Sep) 52.9 52.8
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 2.903M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran tahap rintangan 95.00. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 95.00, 95.50

Tahap sokongan: 94.65, 94.00

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menurun menyempit selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3055.

 

Tahap rintangan: 1.3055, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2985, 1.2910

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun sebelum tahap sokongan di 1.1550. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1605, 1.1675

Tahap sokongan: 1.1550, 1.1495

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap psikologi 114.00. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke arah 113.70.

 

Tahap rintangan: 114.00, 114.35

Tahap sokongan: 113.70, 113.40

 

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas saluran.

 

Tahap rintangan: 0.7240, 0.7260

Tahap sokongan: 0.7230, 0.7200

 

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6615.

 

Tahap rintangan: 0.6615, 0.6640

Tahap sokongan: 0.6590, 0.6540

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara tipis sementara kini menguji di tahap sokongan 1.2800. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 1.2800.

 

Tahap rintangan: 1.2860, 1.2900

Tahap sokongan: 1.2800, 1.2720

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang secara tipis sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.9850. MACD yang memaparkan penyusutan pada isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9850, 0.9885

Tahap sokongan: 0.9810, 0.9760

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 73.40. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 75.60.

 

Tahap rintangan: 75.60, 76.15

Tahap sokongan: 74.60, 73.40

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1184.00. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan garisan trend menaik.

 

Tahap rintangan: 1192.00, 1202.00

Tahap sokongan: 1184.00, 1177.00