11 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar berundur selepas Brexit bertukar optimistik.
Dolar AS telah mengalami tekanan untuk menurun berbanding dengan mata wang utama yang lain akibat daripada lantunan Euro dan Pound Sterling selepas perkembangan Brexit menjadi optimistik. Kedua-dua mata wang tersebut telah meningkat semenjak beberapa hari yang lalu selepas perunding Brexit memberikan isyarat yang positif mengenai perbincangan perjanjiannya. Menurut kepada perunding Brexit dari EU Michel Barnier, beliau mengulas bahawa Britain dan Brussels telah bersetuju mengenai majoriti daripada syarat Brexit sebelum sidang kemuncak EU yang bakal diadakan pada minggu hadapan. Isyarat sedemikian telah mengurangkan ketakutan diantara para pelabur di mana Britain akan meninggalkan blok ekonomi tersebut tanpa sebarang perjanjian perdagangan. Sebaliknya, pembebasan data inflasi yang bercampuran bagi harga borong AS telah gagal untuk mengehadkan kerugian pada dolar. Menurut kepada US Labor Department, Indeks Harga Pengeluar (PPI) telah memberi bacaan di dalam jangkaan sebanyak 0.2% bagi perbandingan bulan ke bulan sementara bacaan bagi perbandingan tahun ke tahun telah tersasar daripada jangkaan dengan 2.6% berbanding 2.8% bagi bulan September. Semasa penulisan, indeks dolar berundur sebanyak 0.09% ke 95.02 sementara GBP/USD meningkat sebanyak 0.12% ke 1.3210 dan EUR/USD menokok sebanyak 0.10% ke 1.1533.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.07% ke 72.52 semasa penulisan. Harga komoditi tersebut menerima tekanan menurun selepas IMF menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi global dan ini boleh mencerminkan permintaan minyak mentah yang lebih rendah bagi masa hadapan. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.02% ke $1,1942.62 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:20 CrudeOIL OPEC Monthly Report
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Sep) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 207K | 206K | – |
| 20:30 | CAD – New Housing Price Index (MoM) (Aug) | 0.1% | 0.1% | – |
| 23:00 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 7.975M | 2.620M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bearish yang ketara mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 95.00.
Tahap rintangan: 95.50, 96.00
Tahap sokongan: 95.00, 94.65

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3515
Tahap sokongan: 1.3080, 1.2925

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di garisan 60-MA dan tahap rintangan 1.1550. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1550.
Tahap rintangan: 1.1550, 1.1605
Tahap sokongan: 1.1495, 1.1460

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang telah membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 112.15.
Tahap rintangan: 112.70, 113.05
Tahap sokongan: 112.15, 111.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7130. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.7045.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7045, 0.7000

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540
Tahap sokongan: 0.6450, 0.6430

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9885. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9850

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran tersebut.
Tahap rintangan: 73.70, 75.00
Tahap sokongan: 72.00, 70.65

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan sebelumnya di 1192.00. MACD yang mula membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1202.00, 1210.60
Tahap sokongan: 1192.00, 1184.00