12 Oktober 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menokok dengan lebih tinggi sementara menguji sokongan.
Indeks dolar telah memulih sebahagian daripada kerugian selepas ia menurun ke paras dua minggu rendah sementara kini sedang menguji tahap sokongannya pada 94.60 berikutan dengan keluaran data CPI yang lemah pada semalam. Dolar telah memulih sebanyak 0.05% kepada 94.70 pada sesi dagangan awal Eropah sebagai pembetulan teknikal sementara ia kekal didagang dalam momentum menurun. Pada hari ini, AS akan mengeluarkan data ekonomi Michigan Consumer Sentiment di mana pasaran akan bertindak balas terhadap data tersebut terutamanya data tersebut mengeluarkan bacaan yang lebih rendah daripada jangkaan ekonomis, dan ia berkemungkinan boleh menyebabkan dolar memecahkan sokongannya. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD kekal rata di 1.1590 mengikuti data ekonomi German CPI yang menepati jangkaannya pada 2.3%. Harga Euro melanjutkan keuntungannya ke tahap yang tertinggi sejak awal Oktober lalu di tengah-tengah penangguhan dalam pelan bajet Itali.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.13% kepada $ 71.75 setong di tengah-tengah import mentah harian China yang mencecah paras tertinggi lima bulan, menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap minyak mentah. Dalam berita lain, harga emas telah merosot sebanyak 0.68% kepada $ 1,215.80 satu auns troy selepas melonjak ke paras tertinggi sejak 25 Julai di tengah-tengah permintaan yang tinggi untuk aset selamat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (MoM) | 0.3% | 0.1% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | -0.2% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Sep) | -0.1% | 0.2% | – |
| 04:30 (11hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 0.907M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 94.60. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 94.95.
Tahap rintangan: 95.95, 95.20
Tahap sokongan: 94.60, 94.35

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.3245. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD, pemecahan atau pengunduran dari tahap rintangan adalah diperlukan untuk pengesahan yang selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3245, 1.3315
Tahap sokongan: 1.3180, 1.3125

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1605. MACD yang menunjukkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1570.
Tahap rintangan: 1.1605, 1.1625
Tahap sokongan: 1.1570, 1.1540

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan 112.10. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 112.60.
Tahap rintangan: 112.60, 112.90
Tahap sokongan: 112.10, 111.65

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7125. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.7100.
Tahap rintangan: 0.7125, 0.7140
Tahap sokongan: 0.7100, 0.7085

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6530. MACD yang memaparkan momentum bearish dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.6495.
Tahap rintangan: 0.6530, 0.6595
Tahap sokongan: 0.6495, 0.6460

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1.3010. MACD yang memaparkan isyarat bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahakan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3130
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari taahp rintangan 0.9900. MACD yang menunjukan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9900, 0.9920
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9825

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 70.30. MACD yang memaparkan permulaan bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 71.95, 73.55
Tahap sokongan: 70.30, 68.70

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 1217.80. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1225.00, 1231.10
Tahap sokongan: 1217.80, 1210.35