83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 Oktober 2018                                Analisis Sesi Pagi

 

Sterling menjunam selepas perjanjian Brexit gagal dicapai.

Dolar AS telah dibuka dengan lebih tinggi pada hari Isnin berikutan dengan penjualan yang mendadak ke atas pound sterling selepas UK gagal untuk mencapai perjanjian Brexit dengan EU. Rundingan Brexit bakal menjadi tumpuan utama bagi minggu ini oleh kerana isu persempadanan Ireland bakal menyekat sebarang perjanjian daripada dicapai oleh Britain dan Brussels. Menurut kepada laporan, Setiausaha Brexit Dominic Raab terpaksa untuk membuat lawatan mengejut ke Brussels bagi mendapatkan masa yang berlebihan dari Pengerusi Rundingan Brexit EU Michel Barnier berikutan dengan ketidaktentuan politik di UK. Diplomat tersebut telah diberi amaran bahawa sebarang perjanjian yang dicapai oleh disekat oleh menteri-menteri di Kabinet oleh kerana strategi Brexit yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Theresa May adalah berpecah belah diantara kumpulan Brexit “keras” dan “lembut”. Di samping itu, cadangan May untuk mewujudkan “Kesatuan Khas” diantara UK dan EU telah menerima bantahan dari beberapa menteri yang mengatakan bahawa ia boleh menjadi penyelesaian kekal dan berkemungkinan untuk menyekat kebebasan negara daripada berunding dengan negara lain mengenai perjanjian perdagangan. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.11% ke 94.95 manakala GBP/USD dibuka rendah sebanyak 0.37% ke 1.3106.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melantun sebanyak 1.12% ke $72.75 setong. Harga minyak telah meneruskan kenaikannya sejak hari Jumaat yang lepas berikutan dengan laporan yang menunjukan bahawa keadaan eksport China adalah masih kukuh walaupun ketegangan perdagangan diantara Beijing dan Washington makin meningkat. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.26% ke $1,221.12 se troy auns berlatarkan risiko politik dan ekonomi yang makin meningkat di UK akibat daripada Brexit.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) 0.3% 0.4%
20:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Oct) 19.00 20.40
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Sep) 0.1% 0.7%
22:00 USD – Business Inventories (MoM) (Aug) 0.6% 0.5%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 94.65. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang emas mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 95.00.

 

Tahap rintangan: 95.00, 95.50

Tahap sokongan: 94.65, 94.00

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3090. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.3130, 1.3180

Tahap sokongan: 1.3090, 1.3050

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1605. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 60-MA (hijau).

 

Tahap rintangan: 1.1550, 1.1570

Tahap sokongan: 1.1495, 1.1460

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah sasaran 111.90.

 

Tahap rintangan: 112.15, 112.70

Tahap sokongan: 111.90, 111.60

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.7130. MACD yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.7090.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7150

Tahap sokongan: 0.7090, 0.7045

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6540. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6540, 0.6600

Tahap sokongan: 0.6490, 0.6450

 

USDCAD, H1: USDCAD sedang didagang dengan formasi saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya baru-baru ini. Oleh kerana MACD dan pergerakan harga tidak memaparkan isyarat yang teliti, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100

Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan paras bawah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9885

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 73.70, 75.00

Tahap sokongan: 72.00, 70.65

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1218.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek dan menuju ke arah 1228.00.

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.00

Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60