15 Oktober 2018 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: Oktober 15 – 19
Kajian Pasaran (Forex):Oktober 8 – Oktober 12
Dolar AS
Dolar AS telah mengalami penurunan ke paras rendah 3 minggu di tengah-tengah pembebasan data ekonomi CPI yang suram dan juga pengurangan prospek pertumbuhan ekonomi secara global oleh IMF, tetapi berjaya untuk menutup pasaran dengan lebih tinggi di 94.90 akibat kebimbangan Brexit pada hari Jumaat lalu.
Data CPI pada Khamis lepas telah gagal untuk mencapai jangkaannya sebanyak 0.2% dan mempunyai bacaan sebenar sebanyak 0.1%. Data tersebut merupakan satu petunjuk utama bagi tahap inflasi sebuah negara, dan keputusan data telah membuktikan bahawa kadar inflasi AS tidak sebaik seperti dikatakan oleh Presiden Donald Trump semasa beliau mengkritikkan keputusan Fed untuk menaikkan lagi kadar faedah. Situasi untuk dolar ditambah buruk apabila IMF telah mengumumkan pengurangan pertumbuhan ekonomi secara global dari 3.9% ke 3.7% untuk tahun 2018 dan 2019. Berita tersebut telah menggalakkan para pelabur untuk menjual dolar dan memasuki ke pasaran yang lebih selamat seperti Yen Japan dan juga emas.
Secara keseluruhannya, dolar berjaya untuk memulih sebahagian kekuatannya di tengah-tengah kebimbangan Brexit yang sentimennya telah mendorong kepada pengalihan portfolio pelabur dari pasaran yang lebih berisiko kepada pasaran dolar yang lebih selamat.
USD/JPY
Pasangan USDJPY telah menjunam ke paras rendah sejak bulan September dan menutup pasaran pada harga 112.20 pada Jumaat lepas. Permintaan terhadap Yen Jepun turut meningkat semasa IMF mengumumkan pengurangan pertumbuhan ekonomi secara global.
EUR/USD
EURUSD telah meningkat sepanjang minggu sementara menutup pasaran dengan lebih rendah pada harga 1.1555 semasa Jumaat lepas. Pertumbuhan euro secara keseluruhannya disebabkan oleh pengumuman untuk melambatkan pelan bajet Itali. Di samping itu, kebimbangan Brexit juga mendorong kepada peningkatan harga pasangan EURGBP kerana para pelabur lebih mengutamakan euro berbanding dengan pound.
GBP/USD
GBPUSD telah mengalami naik turun yang besar sepanjang minggu lepas sebelum menutup pasaran pada harga 1.3150 semasa Jumaat lepas. Pasangan tersebut pada awalnya telah meningkat akibat sentimen positif Brexit di mana UK dan EU telah menyatakan bahawa perundingan semakin berkembang maju. Pasangan tersebut telah menjunam selepas sentimen tersebut telah berubah menjadi negatif akibat isu
Kajian Pasaran (Komoditi): Oktober 8 – Oktober 12
GOLD
Harga emas telah menaik sepanjang minggu lalu semasa dolar telah dijual secara besaran. Logam kuning ini telah menyusut pada awal minggu sebelum melonjak ke paras tinggi sejak bulan Julai pada hari Khamis dan menyusut kembali ke $1217.80 se troy auns semasa sesi dagangan lewat Jumaat lepas.
Secara keseluruhannya, harga emas telah menaik sepanjang minggu semasa para pelabur mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran emas yang menjadi aset selamat sementara ketidakpastian terhadap sentimen Brexit dan juga dolar.
Crude Oil
Harga minyak mentah telah menurun sepanjang minggu lepas di tengah-tengah data Crude Oil Inventories yang suram dilaporkan oleh EIA. Harga komoditi tersebut telah menjunam ke $71.40 setong semasa sesi Jumaat lepas.
Harga minyak mentah meneruskan trend bearishnya dari paras tinggi 4 tahun di tengah-tengah tahap inventori yang tinggi seperti yang dilaporkan oleh EIA dan API, memberikan petunjuk bahawa bekalan minyak mentah telah meningkat. Sentimen ditambah buruk apabila Baker Hughes Oil Rig Count telah melaporkan bahawa aktiviti penggerudian minyak telah meningkat dan hal ini akan menyumbang kepada peningkatan bekalan minyak mentah secara global. Keyakinan pelabur menjadi lemah akibat jangkaan peningkatan bekalan akan mendorong kepada penurunan harga.
Walaupun begitu, penurunan harga minyak mentah telah dihadkan oleh data import China terhadap minyak mentah telah meningkat ke paras tinggi 4 bulan yang memberi petunjuk kepada para pelabur bahawa peningkatan import akan mendorong kepada peningkatan harga secara keseluruhannya. Bagi minggu ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada data Crude Oil Inventories pada hari Rabu untuk menentukan hala aliran harga mentah.
Pandangan Mingguan: Oktober 15 – 19
Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada pembebasan pelbagai data ekonomi seperti Core Retail Sales yang akan menyumbang kepada pengukuran tahap inflasi negara.
Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: Oktober 15 – 19
| Isnin, Oktober 15 |
Data USD – Core Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Retail Sales (MoM) (Sep)
Acara N/A
|
| Selasa, Oktober 16 |
Data NZD – CPI (QoQ) (Q3) GBP – Average Earnings Index + Bonus (Aug) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) USD – JOLTs Job Openings (Aug)
Acara AUD – RBA Meeting Minutes
|
| Rabu, Oktober 17 |
Data GBP –CPI (YoY) (Sep) EUR – CPI (YoY) (Sep) USD – Building Permits (Sep) CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara N/A
|
|
Khamis, Oktober 18 |
Data AUD – Employment Change (Sep) GBP – Retail Sales (MoM) (Sep) USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Oct)
Acara USD – FOMC Meeting Minutes EUR – EU Leaders Summit
|
|
Jumaat, Oktober 19
|
Data CNY – GDP (YoY) (Q3) CNY – Industrial Production (YoY) (Sep) CAD – Core CPI (MoM) (Sep) CAD – Core Retail Sales (MoM) (Aug) USD – Existing Home Sales (Sep)
Acara GBP – BoE Gov Carney Speaks
|