16 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Data lemah mendorong penurunan dolar.
Dolar AS telah memangkas keuntungannya pada hari Isnin selepas data ekonomi AS memaparkan keputusan yang lebih lemah daripada jangkaan. Ini telah mencetuskan kebimbangan para pelabur oleh kerana data tersebut boleh menjejaskan pelan Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar dengan lebih kerap pada jangka panjang. Menurut kepada US Commerce Department, data Core Retail Sales mencatat penurunan sebanyak 0.1%, tersasar daripada ramalan untuk meningkat sebanyak 0.4%. Kelemahan tersebut adalah berikutan dengan penurunan perbelanjaan di restoran dan bar yang telah mencecah paras terendah di dalam hampir dua tahun. Namun, laporan tersebut menyatakan bahawa perbelanjaan pengguna adalah masih optimistik dan ia mampu untuk menyokong pertumbuhan ekonomi serantau bagi jangka panjang walaupun terdapatnya sedikit kelemahan. Sebarang data yang berkaitan dengan perbelanjaan pengguna adalah kritikal bagi AS oleh kerana ia merangkumi 2/3 daripada aktiviti ekonomi negara tersebut. Sebaliknya, pound sterling didagang secara tipis selepas Perdana Menteri UK Theresa May mengulas di hadapan Parlimen di mana isu sempadan Ireland masih menjadi masalah utama walaupun rundingan UK dengan EU berjalan dengan lancar. Para pelabur akan terus memantau keadaan rundingan Brexit bagi mendapat isyarat yang lebih lanjut. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.01% ke 94.70 sementara pasangan GBP/USD menokok sebanyak 0.02% ke 1.3153.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.26% ke $71.94 semasa sesi Asia. Harga komoditi tersebut didagang secara berayun sementara para pelabur mencerna berita mengenai kehilangan seorang wartawan Arab Saudi yang terkemuka dan ia boleh mencetuskan ketegangan geopolitik serta menjejaskan pembekalan minyak. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.03% ke $1,227.49 se troy auns berlatarkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Aug) | 2.6% | 2.6% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (Sep) | 8.7K | 4.5K | – |
| 16:30 | GBP – Unemployment Rate (Aug) | 4.0% | 4.0% | – |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Oct) | -10.6 | -12.3 | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Aug) | 6.939M | 6.945M | – |
| 04:30 (17hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 9.750M | – | – |
Technical Analysis

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari sasaran 95.00. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 94.65.
Tahap rintangan: 95.00, 95.50
Tahap sokongan: 94.65, 94.35

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menyempit. Oleh kerana kekurangan isyarat yang teliti dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.3180, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3090

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke arah 1.1605.
Tahap rintangan: 1.1605, 1.1675
Tahap sokongan: 1.1570, 1.1550

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas tahap rintangan 111.90.
Tahap rintangan: 111.90, 112.15
Tahap sokongan: 111.60, 111.15

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara kini sedang menguji di paras tengahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7150, 0.7200
Tahap sokongan: 0.7130, 0.7090

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan sasaran di 0.6540. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan sasaran di 0.6575.
Tahap rintangan: 0.6575, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6500

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan yang kukuh iaitu 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2900

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan yang telah membentuk corak silang kematian dan masih melebar ke bawah mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.9850.
Tahap rintangan: 0.9885, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9850, 0.9810

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. Walaupun MACD memaparkan isyarat menaik yang ketara, pemecahan di 72.00 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 72.00, 73.70
Tahap sokongan: 70.65, 69.30

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menaik menyempit sementara kini sedang menguji di paras 1228.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1228.00.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.00
Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60