83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

17 Oktober 2018                                Analisis Sesi Pagi

 

Dolar mengukuh sementara menunggu minit FOMC.

Dolar AS telah melantun dari paras rendah sesi semalam sementara para pelabur kini akan menunggu pembebasan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi esok. Semalaman, dolar AS telah menerima sokongan bullish selepas US Labor Department melaporkan bahawa jumlah pembukaan pekerjaan telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 7.136 juta berbanding ramalan hanya 6.945 juta. Peningkatan tersebut telah mengesahkan sentimen para pelabur di mana pasaran pekerjaan AS akan meneruskan kekukuhannya. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas pound sterling melonjak berlatarkan laporan pekerjaan yang optimis. Untuk bulan Ogos, Average Earnings Index +Bonus bertumbuh sebanyak 2.7% berbanding ramalan hanya 2.6%. Peningkatan pada kadar gaji semasa boleh meningkatkan tekanan inflasi semasa dan mendorong kepada kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat England. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.03% ke 94.73 sementara pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 1.3187.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.04% ke $72.18 setong. Harga minyak telah memulih sejak semalam berlatarkan sekatan AS ke atas Iran yang boleh mendorong kepada kekurangan stok minyak bagi masa depan. Sebaliknya, harga emas menurun sebanyak 0.02% ke $1,225.32 se troy auns susulan dengan pemulihan sentimen pasaran dan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Sehari                    HKD                       Hong Kong – Chung Yeung Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentatif                 EUR                        EU Economic Forecasts

02:00 (18hb)        USD                        FOMC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – CPI (YoY) (Sep) 2.7% 2.6%
17:00 EUR – CPI (YoY) (Sep) 2.1% 2.1%
20:30 USD – Building Permits (Sep) 1.249M 1.278M
20:30 CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Aug) 0.9% -0.6%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.987M 2.167M

 


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini sedang menguji di paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 95.00, 95.50

Tahap sokongan: 94.65, 94.35

 

GPBUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik.

 

Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255

Tahap sokongan: 1.3180, 1.3130

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.1605, 1.1630

Tahap sokongan: 1.1570, 1.1550

 

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan aliran menaik dan menuju ke arah 112.70.

 

Tahap rintangan: 112.70, 113.05

Tahap sokongan: 112.15, 111.90

 

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan paras bawah saluran.

 

Tahap rintangan: 0.7150, 0.7200

Tahap sokongan: 0.7130, 0.7090

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.6540. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya untuk melantun dari 0.6575.

 

Tahap rintangan: 0.6615, 0.6660

Tahap sokongan: 0.6575, 0.6540

 

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2860

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 0.9905 dan garisan trend menurun. Walaupun MACD memaparkan isyarat menaik, pemecahan dari 0.9905 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940

Tahap sokongan: 0.9885, 0.9850

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya untuk melantun dari 72.00.

 

Tahap rintangan: 73.70, 75.00

Tahap sokongan: 72.00, 70.65

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.00

Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60