83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 September 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Dolar jatuh berikutan dengan kekosongan kerja yang menyusut.

Indeks dolar telah mencatat kerugian berbanding dengan sebakul enam pesaing mata wang utama selepas kekosongan kerja di A.S telah jatuh untuk bulan kedua berturut-turut. Menurut kepada Labor Department, kekosongan kerja telah merosot sebanyak 31,000 hingga 7.2 juta pada bulan Julai, lebih rendah daripada jangkaan pasaran sebanyak 7.311 juta. Memandangkan data pekerjaan tersebut menunjukkan keadaan yang lemah ditambah dengan data Non-Farm Payroll, pasaran kini menjangka FED akan mengurangkan kadar faedah dengan suku mata bulan ini berikutan degan jangkaan bagi mengurangkan kadar faedah telah mencapai 92%, menurut kepada Fed Rate Monitor Tool. Dolar telah menyusut sebanyak 0.02% kepada 98.28 semasa penulisan. Sebaliknya, keuntungan GBP/USD terus meningkat sebanyak 0.09% kepada 1.2355 pada masa penulisan berikut dengan data pekerjaan yang memberangsangkan di U.K. Menurut kepada National Statistics, pendapatan mingguan purata UK, termasuk bonus telah tiba pada 4.0%, mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 3.7%. Pada masa yang sama, kadar pengangguran juga dicatatkan dengan lebih rendah kepada 3.8% daripada 3.9%. Data-data tersebut telah memulihkan kembali keyakinan para pelabur terhadap ekonomi U.K dan meningkatkan permintaan untuk paun sterling. Walau bagaimanapun, pasaran tetap berhati-hati dan menunggu pemangkin selanjutnya susulan dengan perkembangan Brexit kekal menimbang di pasaran.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat telah meningkat sebanyak 0.09% kepada $ 57.94 setong pada masa penulisan, menandakan hari kelima kenaikan keuntungan kerana keyakinan pasaran masih kekal meningkat terhadap OPEC. Menurut kepada laporan baru-baru ini, menteri tenaga Arab Saudi yang baru, Putera Abdulaziz telah mengulangi komitmen terhadap pemotongan pengeluaran oleh OPEC dan menyatakan bahawa polisi kerajaan tidak akan berubah dan perjanjian global untuk memangkas pengeluaran minyak sebanyak 1.2 juta tong sehari akan dikekalkan. Kenyataan itu telah memberikan sentimen bullish yang lebih lanjut untuk komoditi tersebut, justerunya menolak harga yang lebih tinggi. Seterusnya, harga emas telah melambung sebanyak 0.16% kepada $ 1487.71 semasa penulisan berikutan dengan gabungan data yang lemah dan kata-kata yang agresif dari China melemahkan selera para pelabur untuk aset berisiko.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19.00                     CrudeOIL              OPEC Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20.30 USD – PPI (MoM) (Aug) 0.2% 0.1%
22.30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -4.771M -2.600M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 98.40, 99.00

Tahap sokongan: 98.05, 97.80

 

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga isyarat yang lebih lanjut muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.2400, 1.2515

Tahap sokongan: 1.2325, 1.2260

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1070, 1.1150

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0930

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan garisan trend tersebut. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dan menuju ke arah 107.85.

 

Tahap rintangan: 107.85, 108.70

Tahap sokongan: 107.25, 106.80

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 0.6865. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6865, 0.6960

Tahap sokongan: 0.6800, 0.6705

 

NZDUSD, H1: NZDUSD kekal didagang di dalam formasi saluran sisi sementara kini menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pemecahan dari paras bawah adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 0.6440, 0.6470

Tahap sokongan: 0.6410, 0.6395

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di 1.3145. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3190, 1.3220

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3090

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.9925. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9925, 0.9970

Tahap sokongan: 0.9865, 0.9820

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 58.70, 60.85

Tahap sokongan: 57.30, 55.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1483.50. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1494.50, 1509.00

Tahap sokongan: 1483.50, 1471.50