2 November 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menokok di tengah-tengah data yang suram.
Indeks dolar telah meningkat berbanding dengan enam mata wang utama selepas menjunam ke paras rendah seminggu akibat daripada data ISM Manufacturing PMI pada semalam. Menurut kepada Institute of Supply Management (ISM), indeks Manufacturing Purchasing Managers (PMI) memberi bacaan sebenar sebanyak 57.7, lebih rendah daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak 59.0. Walaubagaimanapun, ISM menegaskan bahawa permintaan masih tinggi dan pesanan backlog telah menumbuh lebih cepat berbanding dengan bulan September. Ini memaparkan bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan sementara para pelabur menumpukan perhatian mereka kepada pengumuman data Nonfarm Payroll (NFP), Kadar Pengangguran dan juga Average Hourly Earnings AS. Ketiga-tiga data tersebut dijangka membawa impak yang besar kepada dolar. Dalam berita lain, pound sterling telah meningkat berlatarkan berita Brexit yang positif selepas UK dan EU berjaya untuk mencapai konsensus dengan memberikan akses ke dalam pasaran EU selepas Brexit kepada syarikat perkhidmatan kewangan British. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.02% ke 96.00 dan pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.11% ke 1.3000 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.35% ke $63.70 setong semasa menjelang sekatan Iran yang mengehadkan eksport minyaknya pada Ahad ini. Selain itu, emas telah menyusut sebanyak 0.05% ke $1232.40 se troy auns sementara dolar memulih kekuatannya.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:55 | EUR – German Manufacturing PMI (Oct) | 52.3 | 52.3 | – |
| 17:30 | GBP – Construction PMI (Oct) | 52.1 | 52.0 | – |
| 20:30 | USD – Average Hourly Earnings (MoM) (Oct) | 0.3% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Nonfarm Payrolls (Oct) | 134K | 193K | – |
| 20:30 | USD – Unemployment Rate (Oct) | 3.7% | 3.7% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Oct) | 63.3K | 12.7K | – |
| 22:00 | USD – Factory Orders (MoM) (Sep) | 2.3% | 0.5% | – |
| 01:00 (3hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 875 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 96.15. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 96.15.
Tahap rintangan: 96.15, 96.30
Tahap sokongan: 95.95, 95.75

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3015. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2960.
Tahap rintangan: 1.3015, 1.3065
Tahap sokongan: 1.2960, 1.2930

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1410. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1430
Tahap sokongan: 1.1390, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 112.65. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 113.25.
Tahap rintangan: 113.25, 113.55
Tahap sokongan: 112.65, 112.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7235. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7205, 0.7175

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6680. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan dan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan di 0.6680.
Tahap rintangan: 0.6680, 0.6710
Tahap sokongan: 0.6640, 0.6610

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3080. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan garisan trend menaiknya.
Tahap rintangan: 1.3080, 1.3105
Tahap sokongan: 1.3035, 1.2995

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.0010. MACD yang memaparkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0050
Tahap sokongan: 1.0010, 0.9965

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 63.25. MACD yang memaparkan momentum bullish dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 64.20.
Tahap rintangan: 64.20, 64.85
Tahap sokongan: 63.25, 62.55

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1230.45. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1237.65.
Tahap rintangan: 1237.65, 1247.50
Tahap sokongan: 1230.45, 1215.50