8 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Kongres berpecah-belah, dolar menjunam.
Dolar AS menjunam berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam sementara para pelabur menunggu pembebasan keputusan kadar faedah oleh Bank Pusat AS pada awal pagi esok. Federal Reserve Open Market Committee (FOMC) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah dengan tidak berubah sementara para pelabur akan memberi fokus kepada kenyataan yang dilepaskan bagi mendapat petunjuk selanjutnya mengenai sentimen bank tersebut terhadap polisi kewangan masa hadapan. Semalaman, dolar AS menerima tekanan menjual yang ketara selepas keputusan pilihanraya tempoh pertengahan memaparkan perpecahan di dalam Kongres. Dari keputusan, parti Demokratik telah mendapat kawalan Dewan Perwakilan sementara parti Republikan mengukuhkan posisinya di dalam Senat. Perpecahan di dalam kerajaan telah mencetuskan sentimen bearish oleh kerana Dewan Perwakilan yang mempunyai majoriti daripada Demokratik boleh melancarkan beberapa siri penyiasatan ke atas Trump dari segi kewangan dan hubungan sulit dengan Rusia dengan lebih agresif. Selain itu, perpecahan tersebut bakal menimbulkan tekanan ke atas pentadbiran Trump oleh kerana mana-mana dasar atau undang-undang perlu mendapat kelulusan dari Dewan Perwakilan sebelum dibebaskan kepada Senat. Oleh itu, ini telah menghamparkan sentimen para pelabur terhadap pandangan ekonomi masa depan dari Bank Pusat AS oleh kerana kesukaran untuk memperkenalkan pakej atau rangsangan ekonomi boleh menurunkan pendekatan agresif bank tersebut dalam meningkatkan kadar faedah. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.11% ke paras 95.95 semasa sesi Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $61.63 setong selepas Wakil Khas AS Brian Hook memberi ulasan bahawa kerajaan mereka sedang berusaha untuk mengurangkan eksport minyak Iran ke paras sifar di dalam tempoh 6 bulan yang akan datang. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.04% ke $1,226.18 se troy auns berikutan dengan lantunan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:00 EUR ECB Economic Bulletin
Tentatif EUR EU Economic Forecasts
03:00 (9hb) USD FOMC Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 15:00 | EUR – German Trade Balance (Sep) | 18.3B | 18.0B | – |
| 21:15 | CAD – Housing Starts (Oct) | 188.7K | 200.0K | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 214K | 214K | – |
| 21:30 | CAD – New Housing Price Index (MoM) (Sep) | 0.0% | 0.1% | – |
| 03:00 (9hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.25% | 2.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 96.20, 96.60
Tahap sokongan: 95.95, 95.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3175. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3175, 1.3275
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3015

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini sedang menguji di garisan trend menaik. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari garisan trend tersebut adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1485
Tahap sokongan: 1.1415, 1.1385

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 113.30. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 113.85.
Tahap rintangan: 113.85, 114.20
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7275, 0.7315
Tahap sokongan: 0.7250, 0.7205

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6805. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6735, 0.6700

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan di 1.3115. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk melantun dari 1.3115.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3080

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan di 0.9960. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.0025.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0055
Tahap sokongan: 0.9990, 0.9960

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 61.05. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meneruskan keuntungan bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 62.50, 63.80
Tahap sokongan: 61.05, 60.00

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1215.95.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00