8 November 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar melantun akibat reaksi awal pilihan raya.
Indeks dolar telah memulih kekuatannya berbanding dengan enam mata wang utama selepas menjunam ke paras terendah dua minggu semasa sentimen bertukar suram kepada para pelabur akibat keputusan pilihan raya AS. Keputusan tersebut adalah seperti yang dijangkakan oleh pasaran tentang pembelahan Kongres semasa Demokratik telah berjaya menguasai tempat House Representatives dan Republikan berjaya untuk mengekalkan tempatnya sebagai Senate. Oleh itu, indeks dolar ditekan oleh permintaannya yang rendah kerana rangsangan fiskal yang selanjutnya akan terjejas. Tambahan pula, Demokrat yang menguasai House telah bersedia untuk menyiasatkan Donald Trump mengenai kes pulangan cukai yang lenyap dan juga skandal antara Rusia dan pasukan kempen Trump dalam pilihan raya 2016. Namun, harga dolar telah melantun sementara para pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada dasar kewangan Fed yang akan diumumkan pada lewat hari ini. Pertumbuhan ekonomi yang kelihatan positif di AS telah menyebabkan Fed untuk menaikkan kadar faedah mereka sebanyak tiga kali pada tahun ini dan jangkaan kali keempat pada bulan Disember dan dua kali sebelum pertengahan tahun 2019. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.25% ke 96.00 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan NZD/USD telah didagang dengan rata pada harga 0.6780 selepas Gabenor Bank Pusat New Zealand telah membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah mereka di 1.75% seperti ramalan ahli ekonomi walaupun keadaan kadar inflasi mereka makin meningkat dan kadar pengangguran makin menurun.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.18% ke $61.65 setong selepas OPEC dan sekutunya bercadang untuk melaksanakan sekatan output untuk mengelakkan kelebihan bekalan secara global. Selain itu, harga emas telah menurun sebanyak 0.23% ke $1223.55 sementara dolar meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
17:00 EUR ECB Economic Bulletin
Tentatif EUR EU Economic Forecasts
03:00 (9hb) USD FOMC Statement
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 21:15 | CAD – Housing Starts (Oct) | 188.7K | 200.0K | – |
| 21:30 | USD – Initial Jobless Claims | 214K | 214K | – |
| 21:30 | CAD – New Housing Price Index (MoM) (Sep) | 0.0% | 0.1% | – |
| 03:00 (9hb) | USD – Fed Interest Rate Decision | 2.25% | 2.25% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 96.00. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 96.00, 96.15
Tahap sokongan: 95.70, 95.55

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3170. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan dan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3080.
Tahap rintangan: 1.3170, 1.3250
Tahap sokongan: 1.3080, 1.3025

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan garisan trend yang menaik di 1.1425. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka masa pendek ke arah tahap rintangan di 1.1445.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1465
Tahap sokongan: 1.1410, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 113.70. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 113.70, 114.00
Tahap sokongan: 113.40, 113.15

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7295. MACD yang menunjukkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi kembali ke tahap rintangan tersebut untuk jangka masa pendek.
Tahap rintangan: 0.7295, 0.7310
Tahap sokongan: 0.7260, 0.7235

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.6790. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.6790, 0.6810
Tahap sokongan: 0.6755, 0.6730

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.3120. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3100.
Tahap rintangan: 1.3120, 1.3140
Tahap sokongan: 1.3100, 1.3075

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.0020. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0020, 1.0060
Tahap sokongan: 0.9970, 0.9940

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 61.25. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan dan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 62.60.
Tahap rintangan: 62.60, 63.75
Tahap sokongan: 61.25, 60.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1228.45. MACD yang menunjukkan isyarat bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1220.80.
Tahap rintangan: 1229.45, 1234.65
Tahap sokongan: 1220.80, 1215.15