83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 November 2018                              Analisis Sesi Pagi

 

Fed kekal hawkish, dolar melantun kembali.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada hari Jumaat selepas Bank Pusat AS (Fed) menyampaikan ulasan yang optimistik mengenai perkembangan ekonomi serta memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada bulan Disember. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.66% ke paras 96.43 semasa awal sesi dagangan Asia. Seperti di dalam jangkaan para pelabur, Fed telah mengekalkan kadar faedah di paras 2.25% sambil memberi pandangan yang positif mengenai ekonomi dan pasaran pekerjaan. Walaupun Fed mengakui bahawa kadar pengangguran makin menyusut namun kadar pertumbuhan ekonomi suku ketiga masih suram, mereka berpendapat bahawa aktiviti ekonomi serta perbelanjaan pengguna yang kukuh bakal menyokong kadar inflasi untuk berlegar di paras 2%. Oleh itu, mereka menegaskan untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran dengan mempunyai sebanyak 4 kali bagi tahun depan. Bagi rantau yang lain, pound sterling telah menerima tekanan bearish berlatarkan berita Brexit yang negatif. Menurut kepada laporan, kerajaan UK telah menafikan khabar angin bahawa UK dan EU berkemungkinan untuk mencapai perjanjian Brexit di dalam beberapa hari yang akan datang. Semasa penulisan, pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.02% ke 1.3066.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.05% ke $60.71 setong. Harga komoditi ini telah menerima tekanan bearish selepas laporan EIA melaporkan bahawa kadar pembekalan minyak harian AS telah mencecah paras rekod tinggi sebanyak 11.6 juta tong sehari. Sementara itu, harga emas merosot sebanyak 0.07% ke $1,222.88 se troy auns berikutan dengan prospek yang lebih tinggi ke atas kenaikan kadar faedah pada bulan Disember nanti.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran            Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran            Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) 0.4% 0.6%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep) -0.2% 0.1%
17:30 GBP – Monthly GDP 3M/3M Change 0.7% 0.6%
21:30 USD – PPI (MoM) (Oct) 0.2% 0.2%
23:00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Nov) 98.6 98.0
02:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 874

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 96.60, 97.00

Tahap sokongan: 96.20, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3100. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.3015.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3175

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2955

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1385, 1.1415

Tahap sokongan: 1.1330, 1.1280

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 114.20, 114.55

Tahap sokongan: 113.85, 113.30

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.7275, 0.7315

Tahap sokongan: 0.7250, 0.7205

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan kini sedang menguji di garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6735, 0.6700

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini sedang menguji berhampiran 1.3155. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3155.

 

Tahap rintangan: 1.3155, 1.3210

Tahap sokongan: 1.3115, 1.3080

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.0055. MACD yang membentuk isyarat silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia melantun dari 1.0055.

 

Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140

Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan kerugiannya sejajar dengan trend semasa yang berpihak kepada bearish. MACD yang memaparkan pembentukan silang kematian mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 60.00.

 

Tahap rintangan: 61.05, 62.50

Tahap sokongan: 60.00 , 58.70

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harga komoditi tersebut untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1215.95.

 

Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25

Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00