12 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar melanjutkan kenaikannya, fokus pada CPI.
Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada hari Isnin berlatarkan pembebasan data ekonomi yang positif dari hari Jumaat yang lepas. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.09% ke paras 96.80 semasa awal sesi dagangan Asia. Pada minggu lalu, US Bureau of Labor Statistics melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) telah meningkat sebanyak 0.6% bagi bulan Oktober, menjangkaui ramalan ekonomis untuk meningkat hanya 0.2%. Data tersebut telah mengukuhkan lagi jangkaan para pelabur terhadap Bank Pusat AS (Fed) yang terdahulunya memberi isyarat untuk mengetatkan dasar kewangan dan meningkatkan kadar faedah pada bulan Disember. Bagi minggu ini, para pelabur akan meneruskan pemantauan ke atas data ekonomi AS terutamanya CPI yang bakal dilepaskan pada hari Rabu. Data tersebut boleh memberi isyarat mengenai tekanan inflasi serantau – salah satu kebimbangan utama bagi Fed. Bagi rantau yang lain, pound sterling telah menurun sebanyak 0.22% ke 1.2941 pada pagi tadi. Sterling menerima penjualan yang ketara selepas Perdana Menteri UK Theresa May terpaksa untuk membatalkan mesyuarat Brexit kabinet pada saat akhir berikutan dengan percanggahan ideologi di dalam parti beliau sementara pemimpin di Brussels tidak puas hati dengan usaha yang diberikan oleh beliau.
Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.49% ke $60.70 setong selepas OPEC dan sekutunya mengambil langkah untuk berbincang mengenai pelan pemotongan pembekalan minyak yang bakal bermula pada tahun 2019. Kartel tersebut juga memberi amaran di dalam kenyataan bahawa “strategi baru” adalah diperlukan dan ia memberi isyarat kepada pemotongan yang lebih luas dan diselaraskan bagi kesemua ahlinya. Sementara itu, harga emas menokok sebanyak 0.11% ke $1,211.10 se troy auns berikutan dengan penjualan ekuiti di Asia.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
03:30 (13hb) USD FOMC Member Daly Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.60. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3015
Tahap sokongan: 1.2895, 1.2805

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal selepas ia menutup di atas 1.1330.
Tahap rintangan: 1.1330, 1.1385
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1240

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan penutupan niaga di atas tahap rintangan 113.85. MACD yang memaparkan pembentukan silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 114.20.
Tahap rintangan: 114.20, 114.55
Tahap sokongan: 113.85, 113.30

AUDUSD, H1: AUDUSD kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7250, 0.7275
Tahap sokongan: 0.7220, 0.7205

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6735, 0.6700

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3115

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tipis sementara kini menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.0055. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140
Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 61.05, 62.50
Tahap sokongan: 60.00, 58.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1215.95, 1228.00
Tahap sokongan: 1206.00, 1198.00