83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 November 2018                    Analisis Mingguan

 

Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: November 12 – 16

Kajian Pasaran (Forex):November 5 – November 9

Dolar AS

Dolar AS telah meningkat sepanjang minggu lepas berikutan dengan data yang positif dan sentimen hawkish dari Kenyataan Kadar Faedah Bank Pusat AS (Fed). Indeks dolar pada hari Jumaat telah mengalami pembetulan teknikal semasa menutup pasaran dengan lebih rendah di 96.68 selepas permintaan terhadap dolar melonjak akibat data PPI AS yang positif.

 

Pada awal minggu lepas, dolar mengukuh berbanding dengan enam pasangan mata wang utama dengan data ISM Non-Manufacturing PMI yang melebihi jangkaannya dengan bacaan sebanyak 60.3. Sentimen positif ditambah baik oleh data PMI yang menggalakkan permintaan terhadap dolar dengan selanjutnya. Pada lewat minggu lepas, Kenyataan FOMC dan juga Keputusan Kadar Faedah Fed telah membangkitkan momentum bullish semasa Bank Pusat AS menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi adalah seperti dijangka dan sektor pekerjaan semakin baik. Dengan kadar faedah yang kini dikekalkan pada 2.25% dan data PPI pada hari Jumaat yang menunjukkan perkembangan inflasi yang bertambah baik, Fed dijangka untuk meneruskan kenaikan kadar pada bulan Disember untuk kali keempat bagi tahun ini. Kenaikan harga dolar telah dihadkan oleh keputusan suku pertengahan di mana Demokrat telah berjaya menguasai House sementara Republikan mengekalkan kuasa di Senate telah membimbangkan pelabur bahawa Presiden Donald Trump akan menghadapi halangan semasa memperkenalkan perundangan yang baru.

 

Secara keseluruhannya, dolar telah meneruskan momentum bullishnya sementara sentimen masih berkekal kuat terhadap dolar. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian mereka kepada data CPI sementara dolar menghadapi pembetulan teknikal dan berundur dari paras tinggi untuk jangka masa pendek.

 

USD/JPY

Pasangan USDJPY telah melonjak ke paras tertingginya sejak 30hb September, tetapi menutup pasaran dengan lebih rendah di 113.70 pada Jumaat lepas. Yen Japan mengalami penjualan yang besar sepanjang minggu semasa para pelabur mengalihkan pelaburan mereka dari pasaran selamat ke aset yang lebih berisiko.

 

 


 

EUR/USD

EURUSD telah menjunam ke paras rendah 31hb Oktober sementara menutup pasaran di 1.1335 semasa sesi dagangan Jumaat lepas. Sentimen terhadap pasaran euro berkekal suram semasa Itali masih gagal untuk memberi pelan bajet yang lebih baik.

 

 

GBP/USD

GBPUSD telah menjunam sepanjang minggu lepas sementara menutup pasaran Jumaat lepas di 1.2970. Penurunan pasangan ini adalah disebabkan oleh kebimbangan terhadap Brexit yang semakin teruk semasa kerajaan UK memastikan bahawa laporan mengenai perjanjian yang dicapai antara UK dan EU adalah palsu. Pound dan euro telah mengalami penjualan yang besar semasa permintaan terhadap dolar meningkat.

 

Kajian Pasaran (Komoditi): November 5 – 9

GOLD

Harga emas telah menurun sepanjang minggu lepas sambil mencapai paras rendah sebulan di $1209.60 se troy auns akibat permintaan terhadap aset selamat menjunam. Logam kuning tersebut telah menurun pada Jumaat lepas di tengah-tengah Kenyataan Kadar Faedah yang hawkish dan data PPI yang bullish.

 

Secara keseluruhannya, permintaan terhadap aset selamat seperti Yen Japan dan emas telah berjatuh kerana permintaan terhadap dolar yang lebih beruntung meningkat, didorong oleh data positif dan komen hawkish dari FOMC.

 

Crude Oil

Harga minyak mentah telah meneruskan aliran bearish bagi minggu lepas akibat sentimen yang semakin buruk, sementara menutup pasaran di $59.80 setong.

 

Pasaran minyak mentah telah mengalami penjualan yang besar semasa American Petroleum Institute (API) dan Energy Information Administration (EIA) telah menunjuk peningkatan inventori pada skala global, sementara memburukkan keyakinan pelabur terhadap pasaran minyak kerana bekalan yang lebih tinggi akan menyebabkan kejatuhan dalam harga. Data Oil Rig Count pada hari Sabtu yang juga menunjukkan peningkatan pada aktiviti pelantar minyak mendorong kepada peningkatan bekalan minyak secara global.

 

Secara keseluruhannya, pasaran minyak mentah berkekal suram sementara para pelabur menunggu data Crude Oil Inventories pada hari Rabu untuk menentukan harga minyak mentah dengan selanjutnya.

 


 

Pandangan Mingguan: November 12 – 16

Bagi minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada beberapa data seperti CPI AS, UK dan juga pasaran Euro yang merupakan petunjuk utama untuk tahap inflasi sebuah negara.

 

Bagi peniaga minyak, mereka akan melihat kepada data inventori AS yang dilaporkan oleh API dan EIA untuk mengukur kekuatan permintaan minyak mentah untuk pengguna minyak terbesar di dunia.

 

Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: November 12 – 16

Isnin, November 12  

Data

N/A

Acara

N/A

 

Selesa, November 13  

Data

EUR – German CPI (MoM) (Oct)

GBP – Average Earnings Index + Bonus (Sep)

GBP – Claimant Count Change (Oct)

EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov)

 

Acara

USD – FOMC Member Daly Speaks

USD – FOMC Member Brainard Speaks

CrudeOIL – OPEC Monthly Report

Rabu, November 14  

Data

JPY – GDP (QoQ) (Q3)

CNY – Industrial Production (YoY) (Oct)

EUR – German GDP (QoQ) (Q3)

GBP – CPI (YoY) (Oct)

USD – Core CPI (MoM) (Oct)

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

 

Acara

USD – FOMC Member Daly Speaks

USD – FOMC Member Quarles Speaks

 

Khamis, November 15  

Data

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock

AUD – Employment Change (Oct)

GBP – Retails Sales (MoM) (Oct)

USD – Core Retail Sales (MoM) (Oct)

USD – Retail Sales (MoM) (Oct)

USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

 

 

Jumaat, November 2

 

 

Data

CrudeOIL – Crude Oil Inventories

EUR – CPI (YoY) (Oct)

 

Acara

USD – Fed Chair Powell Speaks

EUR – ECB President Draghi Speaks

GBP – Inflation Report Hearings