83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 November 2018                           Analisis Sesi Pagi

 

Brexit disokong Kabinet, sterling melonjak.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada semalam berikutan dengan lantunan sterling selepas Perdana Menteri UK Theresa May mendapat sokongan dari Kabinet ke atas draf perjanjian Brexit beliau. Di dalam sesi dagangan Amerika Utara yang tidak menentu, pound sterling menerima momentum pasaran yang lebih ketara semasa May menyampaikan kenyataan beliau. Di dalam kenyataan, beliau mengumumkan bahawa pihak mereka telah mendapat sokongan Kabinet ke atas perjanjian Brexit dan beliau berpendapat bahawa draf tersebut mempunyai syarat yang paling optimum untuk masa depan United Kingdom. Dengan hanya lima bulan sebelum tarikh Brexit, draf tersebut menandakan langkah yang penting di dalam tempoh peralihan dan rundingan perdagangan dua tahun sambil mengurangkan ketidakpastian yang menyelubungi syarikat kewangan yang berpusat di London. Walaubagaimanapun, kenaikan pada sterling adalah terhad oleh kerana May memerlukan sokongan sepenuhnya daripada Parlimen di mana beliau masih menghadapi pembangkang dari dalam Parti Konservatif beliau dan Parti Buruh. Di AS, mata wang dolar menerima tekanan menurun yang ketara selepas pembebasan laporan ekonomi yang suram. Menurut kepada US Labour Department, Indeks Harga Pengguna (CPI) telah susut ke paras 2.1%, tersasar daripada ramalan iaitu 2.2%. Walaubagaimanapun, para penganalisis berpendapat bahawa data yang suram tersebut tidak akan mempengaruhi pelan Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.32% ke 96.80 sementara GBP/USD meningkat sebanyak 0.40% ke 1.2989.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak merosot sebanyak 0.04% ke $55.99 setong selepas American Petroleum Institute melaporkan peningkatan stok minyak bagi minggu lepas sebanyak 8.790 juta tong. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.57% ke $1,209.92 se troy auns berikutan dengan kelemahan dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

00:30 (16hb)        USD                        Fed Chair Powell Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail sales (MoM) (Oct) -0.8% 0.2%
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) -0.1% 0.5%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 214K 216K
21:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Nov) 21.10 19.30
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) 22.2 20.7
00:00 (16hb) CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.783M 3.182M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek ke paras atas saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.60, 96.20

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3015. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2955.

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3100

Tahap sokongan: 1.2955, 1.2895

 

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik sementara kini menguji di paras tengahnya. MACD yang telah membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.1330, 1.1385

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1240

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 113.30. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 113.70, 113.85

Tahap sokongan: 113.30, 112.95

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi dan kini sedang menguji di tahap rintangan 0.7275. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan berlaku di sasaran 0.7275.

 

Tahap rintangan: 0.7275, 0.7315

Tahap sokongan: 0.7220, 0.7205

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6805. MACD yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6770.

 

Tahap rintangan: 0.6805, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6770, 0.6735

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 1.3255, 1.3320

Tahap sokongan: 1.3210, 1.3155

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah paras atas saluran.

 

Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140

Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan peningkatan momentum bullish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikan bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 57.00, 59.45

Tahap sokongan: 55.35, 53.90

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1215.95. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1206.00.

 

Tahap rintangan: 1215.95, 1228.00

Tahap sokongan: 1206.00, 1198.00