83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

15 November 2018                           Analisis Sesi Petang

 

Dolar berundur menjelang data Core Retail Sales.

Indeks dolar telah susut sebanyak 0.03% ke 96.65 sebelum sesi dagangan Eropah manakala para pelabur menunggu data Core Retails Sales hari ini yang mengukur perbelanjaan pengguna secara keseluruhan dalam negara ini. Dolar melanjutkan momentum penurunan harganya selepas data CPI tersasar daripada jangkaannya dan menyebabkan para pelabur bimbang tentang kesan dalam rancangan Fed untuk kenaikan kadar secara beransur-ansur pada masa akan datang berikutan dengan ahli ekonomi berpendapat bahawa data CPI yang lemah menunjukkan bahawa kadar inflasi tidak berkembang seperti yang dirancang. Dalam berita lain, pasangan AUD / USD melonjak 0.61% kepada 0.7275 semasa penulisan di tengah-tengah data Employment Change yang positif. Data tersebut telah meningkat kepada 32.8K, melebihi jangkaan ekonomis sebanyak 19.9K dan meningkatkan keyakinan terhadap dolar Aussie. Sebagai rakan perdagangan utama dengan China, penyambungan semula dalam perbincangan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat akan meningkatkan sentimen untuk pasangan Asia.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah mencatatkan kenaikan sebanyak 0.12% ke $ 56.05 selepas jatuh ke tahap sokongannya di tengah-tengah data inventori yang lemah. Pelabur sedang mencerna sentimen positif dari rancangan revisi OPEC untuk mengurangkan bekalan. OPEC telah membuat keputusan untuk mengurangkan bekalan dari 0.5M bpd kepada 1.4M bpd yang memberikan keyakinan terhadap kenaikan harga masa depan. Sementara itu, harga emas telah naik sebanyak 0,05% menjadi $ 1,211.30 satu troy auns berikutan kerugian dolar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

00:30 (16hb)        USD                        Fed Chair Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – Retail sales (MoM) (Oct) -0.8% 0.2%
21:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Oct) -0.1% 0.5%
21:30 USD – Initial Jobless Claims 214K 216K
21:30 USD – NY Empire State Manufacturing Index (Nov) 21.10 19.30
21:30 USD – Philadelphia Fed Manufacturing Index (Nov) 22.2 20.7
00:00 (16hb) CrudeOIL – Crude Oil Inventories 5.783M 3.182M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 96.60. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah ke bawah tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.60, 96.30

 

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3015. Oleh kerana kekurangan isyarat yang jelas daripada MACD, pemecahan pada tahap rintangan atau sokongan adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 1.3015, 1.3075

Tahap sokongan: 1.2960, 1.2900

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.1335. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah ke atas tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1390

Tahap sokongan: 1.1290, 1.1230

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 113.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 113.05.

 

Tahap rintangan: 113.50, 113.85

Tahap sokongan: 113.05, 112.75

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.7265. MACD yang memamaprkan bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.7290.

 

Tahap rintangan: 0.7290, 0.7315

Tahap sokongan: 0.7265, 0.7240

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 0.6790. MACD yang memaparkan formasi negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah sebegai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6820, 0.6850

Tahap sokongan: 0.6790, 0.6750

 

USDCAD, H1: USDCAD kekal didagang dalan saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3260. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3210.

 

Tahap rintangan: 1.3260, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3210, 1.3165

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.0065. MACD yang memaparkan formasi negative divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 1.0030.

 

Tahap rintangan: 1.0065, 1.0100

Tahap sokongan: 1.0030, 0.9980

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 55.90. MACD yang memaparkan momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal dan lantun dari tahap sokongan.

 

Tahap rintangan: 57.45, 59.20

Tahap sokongan: 55.90, 54.20

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 1212.30. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan pada tahap rintangan.

 

Tahap rintangan: 1212.30, 1216.80

Tahap sokongan: 1207.10, 1203.00