16 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar memulih selepas sterling menjunam.
Dolar AS telah didagang dengan lebih tinggi pada semalam berlatarbelakangkan data ekonomi yang optimistik dan ia telah mengesahkan pandangan para pelabur terhadap Bank Pusat AS yang akan mengetatkan dasar secara beransur-ansuran. Menurut kepada US Commerce Department, Core Retail Sales telah meningkat sebanyak 0.7% bagi bulan Oktober, lebih tinggi berbanding dengan ramalan iaitu 0.5%. Selain itu, US Labor Department melaporkan bahawa Initial Jobless Claims hanya meningkat sebanyak 2,000 ke paras 216,000 individual, mencecah bacaan di dalam jangkaan para ekonomis. Namun, keuntungan yang dialami oleh dolar adalah terhad selepas Philadelphia Fed melaporkan bahawa Indeks sektor pembuatan dari rantau tersebut telah menurun dari paras 21.1 ke 12.9 bagi bulan lepas sambil tersasar daripada ramalan iaitu 20.7. Bagi rantau yang lain, pound sterling menjunam secara mendadak pada semalam selepas Perdana Menteri UK Theresa May menyampaikan ucapan beliau di dalam sidang media. Menurut kepada May, beliau mempertahankan pelan Brexit beliau sambil menegaskan bahawa ia telah menyampaikan apa yang telah dipilih oleh rakyat Britain. Ucapan beliau telah disampaikan selepas beberapa menteri telah meletakkan jawatan mereka dari Parlimen sebagai protes ke atas kredibiliti dan kepimpinannya. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.31% ke 96.87 sementara pasangan GBP/USD menjunam sebanyak 1.65% ke 1.2768.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menurun sebanyak 0.20% ke $56.47 setong selepas Energy Information Administration (EIA) melaporkan peningkatan yang mendadak pada stok minyak bagi minggu lepas sebanyak 10.27 tong, tersasar daripada ramalan iaitu 3.182 juta tong. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.07% ke $1,214.15 se troy auns berikutan dengan penghindaran risiko dari masalah politik di UK.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:30 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – CPI (YoY) (Oct) | 2.2% | 2.2% | – |
| 21:30 | CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Sep) | -0.4% | 0.1% | – |
| 22:15 | USD – Industrial Production (MoM) (Oct) | 0.3% | 0.2% | – |
| 02:00 (17hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 886 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 97.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 96.60.
Tahap rintangan: 97.00, 97.40
Tahap sokongan: 96.60, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.2805.
Tahap rintangan: 1.2805, 1.2895
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2570

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 1.1385, 1.1445
Tahap sokongan: 1.1330, 1.1280

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 113.70, 113.85
Tahap sokongan: 113.30, 112.95

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7300, 0.7315
Tahap sokongan: 0.7275, 0.7250

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6805. MACD yang memaparkan isyarat menaik mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6850.
Tahap rintangan: 0.6850, 0.6910
Tahap sokongan: 0.6805, 0.6770

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 1.3210. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3155.
Tahap rintangan: 1.3210, 1.3255
Tahap sokongan: 1.3155, 1.3115

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas saluran.
Tahap rintangan: 1.0095, 1.0140
Tahap sokongan: 1.0055, 1.0025

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 57.00.
Tahap rintangan: 57.00, 59.45
Tahap sokongan: 55.35, 53.90

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1215.95.
Tahap rintangan: 1215.95, 1228.00
Tahap sokongan: 1206.00, 1198.00