19 November 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menjunam selepas Clarida bersifat dovish.
Dolar AS menjunam secara mendadak berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat yang lepas berikutan dengan kenyataan dovish dari Naib Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Richard Clarida. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.05% ke 96.42 semasa awal sesi Asia. Di dalam satu sesi temuduga bersama CNBC, Clarida menyatakan bahawa Fed sedang menghampiri kadar neutral dan pendekatan “neutral” dari segi dasar kewangan adalah “lebih wajar”. Komen beliau dilihat sebagai dovish oleh kerana ia berkemungkinan untuk memberi isyarat bahawa Fed berkemungkinan untuk menghentikan kenaikan kadar faedah lebih awal daripada jangkaan. Ia juga telah menurunkan spekulasi para pelabur terhadap Fed untuk mengetatkan dasar kewangan secara beransur-ansuran. Selain itu, kerugian yang dialami oleh dolar telah diburukan lagi dengan pembebasan laporan ekonomi yang bearish pada hari Jumaat yang lepas. Bagi bulan Oktober, data Industrial Production yang mengukur aktiviti output dari perkilangan, lombong dan utiliti telah meningkat hanya 0.1%, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 0.2%. Bagi rantau yang lain, pound sterling meningkat sebanyak 0.02% ke 1.2833 semasa penulisan. Para pelabur mencurah kembali ke dalam mata wang ini selepas tiada menteri lain yang meletakkan jawatan mereka dari kerajaan Perdana Menteri UK Theresa May sementara beliau bersiap untuk mendapatkan kelulusan draf Brexit dari Parlimen dan berkemungkinan untuk berdepan dengan satu lagi cabaran kepimpinan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.55% ke $57.10 setong selepas pegawai OPEC memberi isyarat yang lebih lanjut untuk memotong kadar pembekalan minyak pada tahun 2019 bagi mengetatkan kadar pembekalan dan meningkatkan harga komoditi ini. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.08% ke $1,222.62 se troy auns berikutan dengan dolar yang lemah dan risiko di dalam pasaran yang makin meningkat.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:45 USD FOMC Member Williams Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
N/A
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang secara tipis sementara menguji berhampiran dengan tahap sokongan 96.20. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 96.60, 97.00
Tahap sokongan: 96.20, 95.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pertengahan dan menuju ke arah 1.2895.
Tahap rintangan: 1.2895, 1.2955
Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1445, 1.1485
Tahap sokongan: 1.1385, 1.1330

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan beberapa tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 112.60.
Tahap rintangan: 112.95, 113.20
Tahap sokongan: 112.60, 112.10

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7340, 0.7420
Tahap sokongan: 0.7265, 0.7170

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.6910, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6855, 0.6795

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara berayun sementara menguji berhampiran dengan garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3155, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3115, 1.3080

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang secara tipis sementara kini sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.9990. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0055
Tahap sokongan: 0.9990, 0.9960

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di garisan trend menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 59.45, 62.00
Tahap sokongan: 57.00, 55.35

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1215.95. Namun, petunjuk MACD yang memaparkan pembentukan corak silang kematian mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.25
Tahap sokongan: 1215.95, 1206.00